WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Soalan Lazim - Hasil



SOALAN LAZIM - UNIT HASIL PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT

 
SOALAN 1  :   Apa itu "Cukai Tanah"?
JAWAPAN 






:   Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;


    Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis,
    hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan

    Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah
    Seksyen 14
Kanun Tanah Negara, 1965.

   
SOALAN 2

:  Bila cukai tanah bagi sesuatu tahun itu harus dibayar?

JAWAPAN

:   Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun, dan selewat-lewatnya sebelum 1hb. Jun setiap tahun.

   
SOALAN 3 

:   Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?

JAWAPAN



:   Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan
    Cukai Tanah.
" Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."
    Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan )
    dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.

   
SOALAN 4  :   Mengapa Saya Perlu Membayar Cukai Tanah?
JAWAPAN

:   Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, 

TANPA PERLU MENUNGGU MAKLUMAN MELALUI BIL HASIL TANAH

   
SOALAN 5 :  Apa yang berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan?
JAWAPAN



:  Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah.

   Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut,
   maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.

   
SOALAN 6  :  Dimanakah saya boleh membayar cukai tanah?
JAWAPAN




: 1.         Kaunter Hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor;
  2.         Kaunter Hasil Pejabat Tanah/ Daerah di Negeri Selangor;
  3.         Kaunter Hasil Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor (Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) dan bayaran
              hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai” sahaja.
  4.         Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai “ sahaja.

   
SOALAN 7  :   Bolehkan pembayaran dilakukan secara dalam talian atau “online”?
JAWAPAN






:  Boleh. Anda boleh melayari laman web http://www.selangor.gov.my/ bagi melakukan pembayaran secara dalam talian atau ‘online’. 

   Bayaran juga boleh dibuat melalui perkhidmatan perbankan internet seperti:

- CIMB                             -  PosOnline                    -  BIMB
- MBF Cards                   -  AmBank                        -   HSBC
- RHB                              -  Maybank2u

   
SOALAN 8 
:   Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai?
JAWAPAN



:  Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat Tanah kepada semua pemilik tanah berdaftar mengikut alamat yang didaftarkan pada hakmilik. 
    Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah untuk memaklumkan alamat terkini tempat tinggal bagi memastikan bil hasil diterima.
    Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah di Selangor atau 
    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Selangor

   
SOALAN 9  Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
JAWAPAN






Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.

PERINGATAN :

1)  Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masin - masing di
     Pejabat Tanah / Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

2)  Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus
     mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah / Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

   
SOALAN 10   
:    Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
JAWAPAN






:Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.

PERINGATAN :

Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atau

Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap)

 

 * Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Hasil di talian 03-31822437/2613

     

  

 

  


Kemaskini pada 2015-12-30 16:27:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini124
Jumlah PelawatJumlah Pelawat717121
Total count : 716121 Tarikh Kemaskini15-09-2019