WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Penduduk berdepan masalah gangguan air


 
BANTING - Penduduk sekitar Kuala Langat dan sebahagian besar Dun Dengkil yang berhadapan masalah gangguan air diharapkan terus bersabar tanpa menimbulkan isu sensitif.
Ketua Penerangan Wanita Umno Selangor, Rozana Kamarulzaman berkata, tidak dinafikan ketiadaan air menyebabkan lebih 5,000 penduduk termasuk suri rumah berhadapan masalah terutama untuk menguruskan rumah.
Menurutnya, sebagai ibu, beliau percaya kaum wanitalah yang akan berhadapan kepayahan menguruskan keluarga terutama yang mempunyai anak kecil.
“Jika dibandingkan masalah lain, penggunaan air yang sangat sinonim dengan golongan suri rumah, jadi tidak hairanlah pelbagai pihak cuba meluahkan rasa tidak puas hati terhadap isu air yang kini semakin terjejas di beberapa kawasan baru," katanya.
Rozana berkata, tidak dinafikan bekalan air empangan yang menyusut disebabkan cuaca panas melanda sejak Januari lalu namun keadaan itu tidak boleh disalahkan tanpa menuding jari kepada semua pihak.
“Namun, penduduk diharapkan tidak sewenang-wenangnya melepaskan kemarahan kepada pekerja Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika terdapat kelewatan mereka menghantar air,” katanya kepada Sinar Harian apabila diminta mengulas mengenai keadaan penduduk yang bimbang akan situasi ketiadaan air di Kuala Langat.
Katanya, penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi menyebabkan pengguna di sekitar Kuala Langat terpaksa berdepan gangguan bekalan air disebabkan pencemaran gas ammonia.
"Lebih membimbangkan tempoh loji itu dibuka turut masih belum dapat diputuskan kerana perlu memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan.
“Bagaimanapun, Syabas tetap menyediakan loi bagi menyalurkan air ke setiap kawasan yang terjejas. Bagi memulihkan keadaan pula, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan kerajaan negeri diminta mengambil perhatian menyelesaikan masalah penduduk,” katanya.
Sementara itu, Tinjauan Sinar Harian ke lokasi Pusat Operasi Syabas di Sungai Manggis mendapati kakitangan Syabas masih memberi perkhidmatan air kepada pengguna walaupun terpaksa membawa bekalan air keluar masuk ke kampung  menggunakan lori tangki.

(*Sumber : Sinar Harian)
 

Kemaskini pada 2016-05-27 12:08:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini43
Jumlah PelawatJumlah Pelawat730418
Total count : 729418 Tarikh Kemaskini19-10-2019