WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Bapa cari anak lembam

SRI CHEEDING - Seorang bapa merayu orang ramai membantu mencari anak sulungnya yang menghilangkan diri selepas keluar bekerja di sebuah tapak pembinaan mengikut bapa saudaranya di Putrajaya sejak Isnin lalu.
Mazli Koesnon, 48, berkata, anaknya, Muhammad Danial Hakim, 17, keluar dari rumah di Taman Sri Cheeding dengan berpakaian kemeja putih dan berseluar jeans berwarna hitam.
Menurutnya, anaknya mempunyai masalah lembam tetapi berwatakan normal.
"Sejak anak hilang, sudah banyak cara saya mencarinya termasuk memohon bantuan rakan-rakan anak mencari sekitar Putrajaya dan Kuala Langat," katanya.
Mazli berkata, dia semakin bimbang apabila anaknya itu tidak menghubunginya selepas 24 jam hilang kerana kebiasaannya dia akan pulang selewat-lewatnya jam 6.30 petang dengan menaiki bas awam.  
"Sebelum ini Daniel pernah tak pulang ke rumah kerana sesat, namun dia menelefon saya kerana hanya nombor telefon saya saja dia ingat.
"Waktu itu, Daniel yang berumur 13 tahun tersesat sehingga ke Batu Caves," katanya.
Mazli yang bekerja di sebuah syarikat koperasi di Seri Cheeding berkata, dia bimbang anaknya dipergunakan individu tertentu untuk melakukan kerja yang menyalahi undang-undang.
“Selepas gagal menjejakinya, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan semalam saya dimaklumkan pihak Balai Polis Putrajaya sedang mencari anak saya.
“Kami sekeluarga bersetuju menggunakan laman Facebook dan akhbar untuk menguar-uarkan kehilangannya dan pada masa sama berharap orang ramai yang menemuinya segera menghubungi kami,” katanya.
Katanya, anaknya itu sudah tidak bersekolah kerana mempunyai masalah pembelajaran dan tidak pernah berkelakuan pelik sebelum ini.
 
Namun sehari sebelum anaknya hilang, Daniel didapati berkelahi dengan adiknya kerana berebut untuk menggunakan motosikal.
"Tapi mereka gaduh tak lama dan saya pasti itu bukan penyebabnya. Saya harap anak saya selamat dan tidak diapa-apakan.
"Saya risau wang di tangannya tak cukup untuk pulang ke rumah menaiki bas awam selain telefon bimbitnya yang ditinggalkan di rumah," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang terjumpa atau melihat Daniel diminta menghubunginya di talian 0193467417.

(*Sumber : Sinar Harian)

Kemaskini pada 2016-05-27 12:08:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini3
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693700
Total count : 692700 Tarikh Kemaskini24-07-2019