WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title     



 

Soalan_Lazim

sso

peta_laman


 

Profil Kuala Langat


 

      

LOKASI
Kuala Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya terletak di bahagian Barat Daya Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 44 km dari Shah Alam iaitu ibu Negeri Selangor. Daerah Kuala Langat ini bersempadan dengan Daerah Sepang dan Klang. Di sebelah utara terletak Daerah Klang, Di sebelah Timur dan Selatan adalah Daerah Sepang dan Selat Melaka pula adalah di Bahagian Barat Daerah Kuala Langat.

 

JARINGAN JALANRAYA

 

Shah Alam - Kuala Langat         :      44 km

Klang - Kuala Langat                 :     30.3 km

Sepang - Kuala Langat              :     23.7 km

Klia - Kuala Langat                    :     25.9 km

Kuala Lumpur                            :     52.2 km
 

 

KELUASAN

Daerah Kuala Langat meliputi kawasan seluas 857.65 km persegi (bersamaan 85,775 hektar).Luas kawasan dibawah Pentadbiran pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Langat ialah 62.294 km persegi dan kawasan luar yang ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat adalah seluas 10 km persegi.

 

 

KELUASAN MUKIM

 

MUKIM

KELUASAN (HEKTAR)

Bandar 3, 852.219
Batu 12,147.551
Jugra 18, 533.410
Kelanang 7, 513.642
Morib 2, 521.780
Tanjung Dua Belas 33, 164.484
Telok Panglima Garang 8, 007.447
Jumlah 85, 740.533

 

KELUASAN KAMPUNG

MUKIM

KAMPUNG

KELUASAN (EKAR)

Tanjung Dua Belas (1) Kampung Sungai Lang Baru 3, 710.64
Kampung Sungai Kelambu 5, 452.31
Kampung Sungai Manggis 8, 156.43
Kampung Banting 3, 621.99
Kampung Jenjarom 5, 030.91
Kampung Seri Cheeding 6, 456.77
Kampung Jaya Sepakat 210.05
Tanjung Dua Belas (2) Kampung Olak Lempit  2, 289.84
Kampung Labohan Dagang 1, 238.75
Kampung Bukit Changgang 1, 873.03
Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang 1, 440.00
Telok Panglima Garang Kampung Sijangkang 4, 047.79
Kampung Batu 9, Kebun Baharu 2, 106.64
Kampung Batu 10, Kebun Baharu 2, 177.44
Kampung Medan 1, 202.25
Kampung Sungai Jarom (Kampung Baru) 940.75
Kampung Sungai Rambai 1, 947.8
Kampung Telok Panglima Garang 5265.1
Kelanang Kampung Kanchong Tengah 2, 798.77
Kampung Sungai Lang Tengah 3, 798.47
Kampung Kanchong Darat 3, 779.73
Kampung Kelanang 6, 031.92
Jugra Kampung Melayu, Pulau Carey 42, 547.51
Kampung Permatang Pasir 2, 221.87
Kampung Seri Jugra 2, 668.62
Bandar Kampung Sungai Buaya 4, 400.25
Kampung Bandar 1, 420.31
Kampung Sawah 2, 071.72
Batu Kampung Tanjung Sepat Darat  1, 794.74 
Kampung Kundang 2, 408.36
Kampung Tanjung Sepat Indah 259.64
Kampung Tumbuk Darat 4, 215.38
Kampung Batu Laut 5, 354.87
Kampung Ladang Batu 3, 466.00

 

PENDUDUK

Jumlah penduduk di Daerah Kuala Langat adalah melebihi 200,000 orang dengan  majoritinya adalah berbangsa Melayu,diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil Orang Asli.

Setiap Tahun jumlah penduduk di Daerah Kuala Langat akan bertambah, pertambahan bilangan penduduk di Daerah Kuala Langat adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah kemajuan yang begitu cepat di Daerah Kuala Langat, penghijrahan penduduk dari daerah dan negeri lain ke daerah Kuala Langat, perkahwinan, kelahiran dan juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar ekonomi di Daerah Kuala Langat.

Disamping itu juga, Daerah ini disokong dengan kemudahan infrastruktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar Diraja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

 

Daerah Kuala Langat juga adalah berlatar belakangkan perusahaan, perindustrian serta       perdagangan dan pada masa kini Daerah Kuala Langat mempunyai sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Bebas yang terletak di Telok Panglima Garang. Daerah ini mempunyai seramai 44.5 peratus sahaja iaitu penduduk Bandar manakala 55.5 peratus penduduk luar bandar.

 

Maklumat lanjut Bilangan Penduduk Daerah Kuala Langat 

 

MUKIM / KAWASAN 
Mempunyai 6 mukim dalam Daerah Kuala Langat iaitu :-

NAMA MUKIM

Mukim Tanjung Dua Belas (1)

Mukim Tanjung Dua Belas (2)

Mukim Telok Panglima Garang

Mukim Bandar & Jugra

Mukim Morib & Kelanang

Mukim Batu


Daerah Kuala Langat hanya mempunyai sebuah pulau iaitu:-

NAMA PULAU

LOKASI

Pulau Carey Terletak di Mukim Telok Panglima Garang dan kedudukannya adalah di selatan
Pelabuhan Klang dan di Utara Banting.


Daerah Kuala Langat juga mempunyai beberapa buah Bukit diantaranya adalah :-

NAMA BUKIT

LOKASI

Bukit Jugra Terletak di Mukim Bandar & Jugra
Bukit Cheeding Terletak di Mukim Tanjung Dua Belas (1)
Bukit Kemandol Terletak di Mukim Telok Panglima Garang
Bukit Perah Terletak di Mukim Tanjung Dua Belas (2)
Bukit Serdang Terletak di Mukim Bandar
Bukit Tadom Terletak di Mukim Tanjung Dua Belas (2)


MAKLUMAT DAN KEMUDAHAN LAIN

 

 

Nama Kampung dan Rumah Ibadah Kemudahan Kesihatan dan Keselamatan Institusi Pendidikan dan Latihan

Kemudahan Perbankan Kemudahan Sosial / Awam &Industri Kecil dan Sederhana Pelancongan dan Rekreasi

Peta - Peta Daerah Kuala Langat Pengusaha-pengusaha IKS Daerah KualaLangat

Kemaskini pada 2016-08-30 14:58:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini487
Jumlah PelawatJumlah Pelawat595292
Total count : 594292 Tarikh Kemaskini21-11-2018