WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Deretan lori halang pandangan





 
SUNGAI RAMBAI - Tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu? Itulah yang dipersoalkan penduduk mengenai tindakan pemandu kenderaan berat meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan terutama setiap kali pasar tani setiap Jumaat.
 
Tinjauan Sinar Harian mendapati tindakan mereka bukan sahaja menyakitkan mata tetapi juga turut membahayakan keselamatan orang ramai terutama pengguna jalan raya dan penghuni kawasan perumahan itu sendiri.
 
Penduduk, Mohd Talib Rusnan, 40, berkata, tindakan pemandu selain menghalang pemandangan dan mengundang kemalangan turut merosakkan jalan utama yang menjadi perhubungan penduduk di taman berkenaan.
 
Menurutnya, kenderaan yang masih mengandungi muatan itu diletakkan di bahu jalan sepanjang malam malah terdapat juga sehingga keesokan harinya.
 
“Difahamkan, deretan lori itu dapat dilihat selepas waktu bekerja hiDeretan lori halang pandanganDeretan lori halang pandanganngga kira-kira jam 6 pagi iaitu sebelum pemandu lori berkenaan meneruskan rutin harian mereka.
 
“Kebanyakan penduduk mendakwa sudah beberapa kali kemalangan kecil berlaku di persimpangan itu terutama pada waktu petang akibat pemandu lori yang terus masuk ke bahu jalan tanpa mengendahkan kenderaan lain di belakangnya,” katanya.
 
Bagi peniaga, Rusmah Hussin, 50, berkata, walaupun ia belum melibatkan kehilangan nyawa tetapi jika keadaan itu berterusan dibimbangi semakin banyak kenderaan berat diletakkan di bahu jalan di kawasan berhampiran taman perumahan itu.
 
Katanya, perbuatan pemandu meletakkan kenderaan berat mereka di tepi jalan masuk berhampiran  pasar  tani boleh mengundangkan kemalangan.
 
“Setiap hari tidak kurang tiga buah lori diletakkan di sepanjang jalan masuk ke Taman Rambai Indah.
 
“Sudahlah jalan di sini sibuk, apabila ada lori ia semakin menyukarkan pemandu terutama untuk keluar dari simpang," katanya.
 
Rusmah berkata, tidak salah jika pemandu hendak membawa pulang lori  tetapi mereka perlu letak dengan teratur di kawasan lapang.
 
Katanya, jalan ini bukan sahaja digunakan oleh kenderaan lain seperti kereta dan motosikal tetapi juga bas.
 
“Saya berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.
 
Sementara itu, Adun Telok Datok, Loh Chee Heng berkata, pihaknya memandang serius kesalahan meletakkan kenderaan berat di bahu jalan dan tempat awam.
 
Katanya, perbuatan itu  termasuk dalam kategori kacau ganggu dan notis saman ke atas kenderaan terlibat perlu dikeluarkan.
 
“Dari segi undang-undang, kenderaan berat dilarang diletakkan di kawasan perumahan, tepi jalan mahupun di taman permainan kerana ia mendatang risiko kepada orang awam.
 
Katanya, selain kawasan bahu jalan di Sungai Rambai, Jenjarum, isu seumpamanya turut dikenal pasti di Telok Datok.

(*Sumber : Sinar Harian)

Kemaskini pada 2016-05-27 12:08:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini43
Jumlah PelawatJumlah Pelawat730418
Total count : 729418 Tarikh Kemaskini19-10-2019