WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Agro-Tourism

 


 

 

    


PENGENALAN

Agro-Tourism adalah suatu istilah yang digunakan untuk menerangkan suatu program pelancongan yang melibatkan bidang pertanian dan perkampungan berdasarkan tarikannya.Daerah Kuala Langat mempunyai beberapa tarikan Agro-Tourism yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong yang berminat.


Golden Hope Research Sdn Bhd

Selain itu terdapat lagi satu ladang kelapa sawit OPRS (Sekarang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Golden Hope) di Kelanang dan Pulau Carey.Pusat Penyelidikan Golden Hope yang terletak di Kelanang adalah sebuah Pusat Penyelidikan yang terkenal di seluruh dunia dimana benih kelapa sawit yang dipanggil Golden Hope DxP masih diusahakan.Benih-benih tersebut boleh mengeluarkan hasil yang tinggi.Di samping itu,Pusat Penyelidikan juga ada makmal bioteknologi dimana bahan tanaman sawit dari tisu didik diusahakan.Penyelidikan tentang tanah,perosak tumbuhan,mekanisasi ladang,pokok herba dan produk dari minyak sawit juga dijalankan.

Selain dari penyelidikan ,stesen ini juga ada membuat kerja perundingan untuk syarikat ladang di dalam dan luar negara.Selain daripada pusat penyelidikan kelapa sawit,terdapat sebuah Herbal Arboretum yang mula dikenali ramai di Pusat Penyelidikan Golden Hope,Pulau Carey dan Kelanang yang mula beroperasi pada tahun 1998.Pusat Penyelidikan ini juga membekalkan benih-benih pokok herba kepada institusi-institusi yang berminat.Terdapat 350 spesis dengan keluasan 5 ekar di Kelanang dan 3 hektar di Pulau Carey.

Diantara spesis yang popular di Herbal Arboretum ini adalah pokok Tongkat Ali,Tea Tree dan pokok Mengkudu.Pusat ini telah mengeluarkan produk seperti jus mengkudu,kapsul tongkat ali dan barangan kosmetik dari pokok-pokok herba.Namun begitu,produk-produk ini masih dalam penyelidikan dan belum lagi dipasarkan.Setiap masa  stesen penyelidikan menerima kunjungan pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara.

Untuk Maklumat Lanjut :

Golden Hope Research Centre,

KM 10,Jalan Banting -Kelanang
42700 Banting
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3120 2311
Fax : 03-3120 1197 


 




Ladang Teh Boh, Sri Cheding

Ladang Teh Sri Cheding telah dibuka pada tahun 1927 dengan keluasan 210 ekar dan dikendalikan oleh BOH Plantations serta terkenal dengan ladang teh tanah rendah.Ini kerana teh diladang ini ditanam di tanah rendah yang mempunyai suhu yang sederhana,tidak seperti ladang teh yang lain dimana ia ditanam di tanah tinggi dan memerlukan suhu yang rendah.Menariknya teh diladang ini ditanam dibawah pokok kelapa sawit secara berselang seli dan ia merupakan yang pertama di dunia.

Di ladang ini juga terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses dan membungkus teh.Kilang ini juga menerima bekalan daun-daun teh dari ladang teh di Cameron Highlands untuk pembungkusan.Oleh itu,ladang ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutamanya bagi mereka yang ingin melihat teh tanah rendah dan juga bagi mengetahui cara teh di proses dan dibungkus.

Untuk Maklumat Lanjut :

Boh Plantation Sdn Bhd

Bukit Cheeding Packing Factory
Batu 6 Jalan Kg Seri Cheding
42700 Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3187 4704


 




Projek Perladangan Berkelompok Sayuran/Kontan

Projek Peladang Berkelompok Sayuran/Kontan dijalankan di Kampung Endah dan Kampung Kanchong Tengah.Keluasan projek pertanian adalah 40 hektar/100 ekar.Projek pertanian ini dijalankan oleh 37 orang peserta yang terdiri dari penduduk Kampung Endah dan Kampung Kanchong Tengah.Kawasan pertanian ini menanam pelbagai pelbagai jenis sayur-sayuran dan tanaman kontan secara berkelompok.Projek Perladangan Sayuran dan Kontan berkelompok ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat dan juga menjadi salah satu lokasi lawatan peserta program Homestay.

Hasil-hasil perladangan projek inidipasarkan di pasar borong Selayang dan pasar borong Klang dengan 3 kali bekalan sehari iaitu bekalan pagi,bekalan tengahari dan bekalan petang.Selain dari itu, hasil perladangan ini juga di pasarkan di Pasar Tani di sekitar Lembah Klang dan pasar-pasar malam dalam Daerah Kuala Langat.Jabatan Pertanian Kuala Langat juga ada mengadakan kontrak kerjasama bersama FAMA bagi penanaman jagung yang mana hasil boleh didapati dalam tempoh 2 bulan yang mana hasil tanaman jagung ini dipasarkan oleh FAMA.

Untuk Maklumat Lanjut :

Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat
Teluk Datok
42700 Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3181 4773


 



Ladang Longan

Soon Beng Longan Trading merupakan satu-satunya ladang longan yang terdapat di Daerah Kuala Langat.Ladang Longan ini terletak di Gadong Estate ,20 minit perjalanan dari Bandar Banting melalui jalan Morib ke Tanjung Sepat.Ladang ini mempunyai keluasan 15 ekar dengan tanaman longan dan diselang selikan dengan tanaman buah-buahan lain seperti jambu batu,limau nipis,jambu air,tembikai susu dan gold melon.Hasil buah-buahan ladang ini dipasarkan secara tempatan di sekitar Kuala Langat. Tanaman longan dijalankan secara berperingkat.Keluasan bagi pokok longan yang berumur 7 tahun ke atas dan sudah berbuah adalah seluas 5 ekar pada masa kini.Keluasan bagi pokok longan yang berumur 2 hingga 3 tahun seluas 9 ekar lebih.

Untuk Maklumat Lanjut :

Soon Beng Longan Trading
Gadong Estate

42800 Tanjung Sepat
Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3148 1018
H/P : 019 2392369


 

 

    

Kemaskini pada 2016-05-26 16:27:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini10
Jumlah PelawatJumlah Pelawat719144
Total count : 718144 Tarikh Kemaskini20-09-2019