WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Kebudayaan & Kraftangan


 

 


KEBUDAYAAN & KRAFTANGAN

 

PENGENALAN

Terdapat pelbagai jenis kebudayaan dan kraftangan yang dapat ditemui di Daerah Kuala Langat.Diantara yang menarik adalah kebudayaan orang aslinya.Terdapat dua kaum orang asli di dalam Daerah Kuala Langat iaitu Kaum Mah Meri dan Kaum Temuan.Kaum Mah Meri adalah kaum orang asli yang tinggal di pesisiran pantai seperti contohnya Kaum Mah Meri di Pulau Carey manakala Kaum Temuan adalah kaum orang asli yang tinggal di kawasan bukit,seperti perkampungan orang asli di Bukit Tadom,Labohan Dagang. 



Kebudayaan Orang Asli

Daerah Kuala Langat mempunyai 19 buah perkampungan orang asli dan penduduknya seramai 2308 orang.Majoriti masyarakat orang asli disini terdiri daripada puak Temuan Beladas dan Mahmeri.Pada asalnya,masyarakat orang asli ini mempunyai cara hidup yang suka berpindah randah dan mengamalkan pertanian pindah serta memburu.Pada masa kini ,cara hidup masyarakat orang asli telah semakin moden dan tinggal kekal disesuatu tempat.Walaupun masyarakat orang asli ini  telah berubah dan mempunyai pekerjaan selain dari pertanian dan memburu.,beberapa ciriciri kebudayaan mereka masih dikekalkan dan diamalkan sehingga sekarang.


Kraftangan Orang Asli

Kebanyakan orang asli di Semenanjung Malaysia masih mempercayai kewujudan hantu ,roh dan cerita-cerita dongeng.Mengikut cerita dongeng dari nenek moyang orang asli yang dikenali sebagai Sang Kelembai ianya dipercayai bahawa apabila seseorang itu jatuh sakit seperti sakit kepala,sakit gigi atau sakit perut serta pelbagai lagi jenis penyakit lain ianya adalah disebabkan oleh roh atau hantu.Di Kuala Langat juga tidak ketinggalan dengan keunikan kemahiran ukiran kayu oleh kaum orang asli.Di Kuala Langat terdapat dua kaum orang asli iaitu Kaum Mah Meri dan Kaum Temuan.

Kaum Mah Meri yang ditemui di Pulau Carey pandai menghasilkan ukiran kayu yang banyak bermotifkan unsur-unsur makhluk dari cerita-cerita dongeng nenek moyang mereka.Cerita-cerita dongeng yang paling popular dikalangan Kaum Mah Meri adalah cerita mengenai 'Moyang Belangkas'.Dipercayai suatu masa dahulu seorang lelaki telah menyusuri pantai untuk mencari belangkas.Tiba-tiba Sang Kelembai muncul dan terus mnyumpah lelaki berkenaan menjadi belangkas.Cerita itu sangat popular sehingga Kaum Mah  Meri mempercayai kebenaran cerita tersebt dan telah menghasilkan satu ukiran patung yang di namakan 'Moyang Belangkas'.

Kira-kira 100 tahun yang lalu ,kaum orang asli menghasilkan ukiran kayu yang bermotifkan nenek moyang mereka ,bukan untuk tujuan jualan tetapi untuk tujuan upacara-upacara perayaan seperti :

-Temasya Jamu Moyang atau Genggulang
     *upacara untuk menghalau roh jahat dari penempatan mereka

-Temasya Belancang
     *Upacara menyembuhkan pesakit dari roh jahat

-Temasya Berjenum
      *Upacara bomoh menurunkan ilmunya kepada waris


Kaum Temuan yang ditemui di Bukit Tadom,Labohan Dagang juga terkenal dengan hasil kraftangan dan kebudayaan mereka.Salah seorang dari kaum temuan yang ditemui sangat mahir dengan kesenian ukiran dan lukisan.Antara barang-barang yang dihasilkan termasuklah kerambit,bubu ikan,topeng,sumpit dan lain-lain ukiran.Kebanyakan hasil kesenian ukiran yang diukir adalah berasaskan kayu,akar dan lain-lain bahan semulajadi.Hasil lukisan beliau juga pernah dipamerkan di Muzium Negeri Selangor.Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kebudayaan dan kraftangan orang asli kaum Mah Meri dan kaum Temuan Kuala Langat,anda bolehlah menghubungi pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di alamat :

Pejabat Hal Ehwal Orang Asli,
Telok Datok,42700 Banting
Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3187 2773


 

 


Perkampungan Melayu

Terdapat perkampungan melayu di daerah ini dan masih mengekalkan Ciri kehidupan masyarakat Melayu seperti menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian,penternakan dan sebagainya.Walaupun begitu aktiviti-aktiviti ini telah dijalankan dengan cara yang lebih moden dan menghasilkan produk yang tinggi.Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan pertandingan kampung contoh pada setiap tahun dan diadili berasaskan kemajuan ekonomi ,semangat komuniti dan sebagainya.Salah sebuah kampung contoh adalah Kampung Endah yang mempunyai ciri-ciri sosioekonomi yang baik dan keadaan alam persekitaran yang cantik dan bersih.Keadaan ini dapat menarik para pelanong terutamanya pelancong luar Negara yang ingin melihat dan merasai kehidupan diperkampungan Melayu yang telah maju tetapi masih mengekalkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat.Program Homestay juga dilaksanakan dikawasan kampong tradisional sejak tahun 1998 dimana didaerah ini sebanyak 3 buah kampung telah terlibat iaitu Kampung Kanchong Darat ,Kampung Endah,dan Kampung Batu Laut yang melibatkan 30 buah rumah.


Kraftangan Orang Melayu

Di Kuala Langat terdapat beberapa orang penduduk yang mengusahakan industri kecil dan sederhana (kraftangan).Diantara yang menarik adalah kraftangan yang diperbuat daripada tempurung kelapa dan daun getah.Kraftangan yang dihasilkan ini boleh dijadikan sebagai kegunaan harian atau sebagai hiasan.Antara contoh kraftangan yang dihasilkan daripada tempurung kelapa adalah lampu tempurung,bekas abu rokok,bekas sabun,teko hiasan,cawan,tabung duit,cerek,pokok bonsai dan lain-lain lagi.Manakala kraftangan yang dihasilkan daripada daun getah adalah bunga hiasan.Pada masa kini,hasil kraftangan ini dipasarkan di sekitar lembah klang sahaja.

Untuk Maklumat Lanjut :

Galeri Seni Uda,
No 3, Kedai Luar Bandar
Taman Seri Desa Morib,
42700 Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
Tel : 012-2574020
Fax : 03-3198 1268


 

 

Rumah Tradisi Melayu

Masyarakat Melayu telah wujud di daerah ini sejak dahulu lagi.Komuniti Melayu ini telah membina kemudahan asas untuk keperluan hidup terutamanya rumah-rumah kediaman.Rumah kediaman merupakan aset yang masih wujud sehingga sekarang dan dapat dijadikan sebagai rujukan kepada senibina rumah lama.Contoh rumah kediaman ini terdapat dikampung Kelanang dan juga Kampung Batu Enam.Rumah ini ,Kampung Kelanang telah dibina pada tahun 1920-an oleh seorang tukang cina ,yang menariknya rumah kediaman ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku ,berbentuk limas dan masih digunakan sebagai tempat kediaman sehingga sekarang.

 

SENARAI KEDAI KRAFTANGAN LAIN DI DAERAH KUALA LANGAT

 

Kraftangan

Alamat

 
  • Permainan Rakyat :
     
    • Gasing
      -Permainan gasing pangkah merupakan permainan tradisional dan agak popular di kalangan penduduk kampung di Daerah Kuala Langat.Permainan ini sering dipertandingkan di pesta-pesta tempatanseperti pesta Morib.Terdapat 3 gelanggang gasing yang utama di Daerah Kuala Langat iaitu dua di Kanchong Darat dan satu di Pantai Morib.
    • Wau
      -Wau juga merupakan salah satu permainan tradisional yang sering juga dimainkan di pesta-pesta tempatan.Permainan ini biasanya dimainkan di padang bola,Pantai Morib.
En Mokhtar Kairan
Jln Nangka Kg Kanchong Darat,42700 Banting Kuala Langat,Selangor



En Mohd Yussof Bin Sajuri
Tel : 03-3187 7023
 
  • Muzik Tradisional :
    • Muzik tradisional yang popular di kampung-kampung dalam daerah Kuala Langat adalah Cempuling,Jidur,Gordang sembilan dan mainan Kompang.Muzik tradisional ini popular dimainkan di majlis-majlis perkahwinan masyarakat Jawa,majlis-majlis rasmi kerajaan dan lain-lain lagi
-  
  • Silat :
    • Silat merupakan suatu permainan tradisional yang juga terkenal di Daerah Kuala Langat.Terdapat beberapa persatuan silat yang telah ditubuhkan di kampung-kampung bagi menurunkan ilmu silat kepada generasi muda masa kini. 
Yang Dipertua
PESAKA Daerah Kuala Langat,42700 Banting Selangor
 

 

       


Kemaskini pada 2016-08-01 11:45:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini369
Jumlah PelawatJumlah Pelawat706780
Total count : 705780 Tarikh Kemaskini22-08-2019