WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Soalan Lazim - Puspanita

 

 


SOALAN LAZIM - UNIT PENDAFTARAN PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT

 

 

 

 

SOALAN 1  :   Siapakah yang layak menjadi ahli PUSPANITA Daerah Kuala Langat?
JAWAPAN












































 

 

:   a. Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan di Malayisa

    b. Anggota wanita di semua peringkat kumpulan perkhidamtan awam di Malaysia
    c. Isteri anggota perkhidmatan awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia
    d. Isteri anggota perkhidmatan awam yang diceraikan
    e. Anggota wanita perkhidmatan awam yang telah bersara

     AHLI BERSEKUTU

    a. Ahli Bersekutu terbuka kepada:-
        i) isteri anggota perkhidmatan awam yang belum menjadi warganegara Malaysia
        ii) pekerja wanita yang digajikan oleh persatuan
        iii) ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang telah diswastakan
    b. Ahli Bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli  biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau
        memegang mana-mana jawatan dalam persatuan;

    c. Keahlian seseorang Ahli Bersekutu dalam kategori (a)(i) di atas akan luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan
        daripada perkhidmatan dengan kerajaan;

    d. Keahlian seorang Ahli Bersekutu dalam kategori (a)(ii) di atas akan luput dengan sendirinya apabila ia berhenti atau diberhentikan daripada
        perkhidmatan dengan persatuan.


     AHLI GABUNGAN
     a. Ahli Gabungan terbuka kepada persatuan wanita di Kementerian/Negeri yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan;
     b. Keahlian Ahli Gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan;


     AHLI KEHORMAT
     a. Yang DiPertua dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Tertinggi boleh melantik Ahli Kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan
         boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli Kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa
         mesyuarat.


     AHLI SEUMUR HIDUP
     a. Ahli Seumur Hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan:-
        i) bekas Yang DiPertua secara automatik menjadi ahli Seumur Hidup
     b. Ahli Seumur Hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa, iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam
         Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-Mesyuauat Agung di peringkat Cawangan dan boleh dipilih menjadi Ahli Majlis
         Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan;

     c. Ahli Seumur Hidup, daripada agensi-agensi kerajaan yagn telah diswastakan, akan terus kekal menjadi ahli tetapi tidak berhak mengundi
         atau memegang mana-mana jawatan dalam persatuan.

     d. Ahli Seumur Hidup, terkecuali a(i) dan c, mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa, iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bersuara
         dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-Mesyuarat Agung di peringkat cawangan dan boleh
         di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan. Lima orang perwakilan
         daripada ahli Seumur hidup di pilih untuk menghadiri Mesyuarat Agung perwakilan.


     AHLI TIDAK HADIR
      a. Ahli Biasa yang perlu berada di luar negeri  bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar
          yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri;

      b. Permohonan secara bertulis hendaklah di buat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapatkan persetujuan jawatankuasa
          cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan daripada membayar yuran.

   
SOALAN 2

:    Berapakah yuran untuk menjadi ahli PUSPANITA Daerah Kuala Langat?

JAWAPAN






















































 

:   1. PERMOHONAN MENJADI AHLI

     Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan atau secara On-Line, dihantar kepada Setiausaha

     Cawangan yang berkenaan, yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa

     Cawangan tertentu, untuk pertimbangan.

    2. YURAN KEAHLIAN
     Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:-

     i) AHLI BIASA
      Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi:

      Yuran masuk  - RM 20.00
      Yuran tahunan  - RM 30.00

     ii) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam kumpulan pengurusan dan Profesional:
      Yuran masuk  - RM 20.00
      Yuran tahunan  - RM 16.00

     iii) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan 1(Kategori V-1X):
      Yuran masuk  - RM 10.00

      Yuran tahunan  - RM 10.00

     iv) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan 11 (Kategori X-X1):
      Yuran masuk  - RM 2.00

      Yuran tahunan  - RM 4.00


    v) YURAN PESARA
      Bayaran adalah setengah (1/2) daripada bayaran sebelum bersara, mengikut kategori waktu bersara. Janda dan balu dimasukkan dalam
      kategori ini.


    vi) AHLI BERSEKUTU
      Yuran tahunan dan yuran masuk adalah setengah daripada kadar yuran yang dikenakan ke atas ahli biasa mengikut kumpulan atau tanggagaji
      yang serupa dengan kumpulan yang berkenaan


    vii) AHLI GABUNGAN
       Bagi ahli gabungan, yuran adalah 10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan.


    viii) AHLI KEHORMAT
       Tidak dikenakan apa-apa bayaran


    vvi) AHLI SEUMUR HIDUP
       Membayar yuran yang ditetapkan iaitu RM50.00


 
    x) AHLI TIDAK HADIR
      a) Ahli Biasa yang perlu berada di luar negeri  bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, bagi tahun berkenaan, adalah dikecualikan
          daripada membayar yuran;

      b) Permohonan secara  bertulis hendaklah di buat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapat persetujuan Jawatankuasa
          Cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan.

      xi) Semua yuran tahunan hendaklah di bayar pada awal tahun. Yuran boleh di bayar melalui Bendahari Cawangan berkenaan.

      xii) Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih dari 3 tahun berrturut-turut akan di hantar surat peringatan daripada atau bagi pihak
           Setiausaha.  Jika tidak dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai seorang ahli sehingga hutangnya di bayar.

      xiii) Ahli yang berhutang yuran tahunannya melebihi 5 tahun berturut-turut akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli.

 

 

 * Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Puan Jaleha binti Hamzah di talian 03-31822540

     

  

 

  


Kemaskini pada 2016-05-27 12:23:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini3
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693700
Total count : 692700 Tarikh Kemaskini24-07-2019