Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Bantuan HIJRAH lonjak jualan 10,000 botol syampu

PAYA JARAS, 6 JUL: Pengasas syarikat Bunga Kosmetik Interprise, Arsidah Hiyah,35, teruja apabila pembiayaan modal kerja diperolehi melalui skim HIJRAH diperkenalkan Kerajaan Selangor berjaya merealisasikan impiannya mengeluarkan syampu jenamanya sendiri.

Pengusaha syampu berjenama Harum Syampu itu berkata, produknya itu sudah terjual hampir 10,000 botol hanya dalam masa dua bulan sahaja.

Arsidah Hijrah“Saya dapat pinjaman Hijrah dah lebih dua bulan lalu untuk saya buat modal keluarkan produk Harum Syampu ini dan Alhamdulillah selepas berada di pasaran dah terjual lebih 10,000 botol,” kata Arsidah kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Hijrah kepada 73 peserta HIJRAH pada 4 Julai lalu.

Jelas Arsidah, sambutan terhadap syampu khusus untuk wanita bertudung itu membuatkan beliau lebih yakin untuk mencapai sasaran 50,000 botol syampu sebulan.

“Buat masa sekarang syampu saya dijual oleh ejen seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan beberapa kedai kecantikan.

“Rancangan saya selepas ini untuk memasarkan lebih agresif di kedai kecantikan bagi mencapai sasaran 50,000 botol sebulan,” katanya lagi.

Arsidah memberitahu lagi, beliau juga merancang mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat lebih tinggi dengan mendapatkan pembiayaan Hijrah dengan jumlah lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Sementara itu, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, peserta program terbabit menerima pinjaman sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh memohon pinjaman tambahan sehingga RM50,000 jika membayar balik pinjaman secara konsisten.

Program Hijrah diperkasakan melalui Skim Mikrokredit (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dan diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah ke kumpulan berpendapatan menengah.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-08 09:56:29 daripada Administrator

  •  
  • Print