Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB: Persepsi stereotaip kepada penjawat awam tak adil

SHAH ALAM, 9 JUN: Penjawat awam perlu memperhebat etika dan integriti untuk lebih cemerlang selain memenuhi jangkaan tinggi rakyat, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

“Dalam sistem demokrasi, sesebuah kerajaan perlu mendepani pelbagai tuntutan baru sesuai dengan pesekitaran dan gaya hidup rakyat.

“Justeru, kita akan tingkatkan kemahiran pegawai perkhidmatan awam melalui latihan dengan modul baru untuk menggilap potensi mereka dalam bertindak lebih efektif dan berkesan,” katanya.

markshort mb4

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 111 pegawai dan penjawat awam pelbagai jabatan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Mohamed Azmin berkata, persepsi stereotaip yang dilemparkan terhadap penjawat awam juga tidak adil dan perlu diperbetulkan berdasar fakta kejayaan yang dicatatkan.

Katanya penjawat awam Selangor berjaya membuktikan peranan mereka sebagai nadi utama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri melalui beberapa petunjuk kejayaan.

cemerlang suk 1

“MPSJ, MBPJ, MPK dan MPAJ diiktiraf pihak berkuasa tempatan terbaik Malaysia dengan memperoleh lima dan empat bintang. Selain itu, Selangor turut memperoleh Sijil Tanpa Teguran bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri 2014 daripada Ketua Audit Negara.

Beliau berkata, rizab Kerajaan Negeri daripada wang awam dan pelaburan juga meningkat RM2.9 bilion (Disember 2013) kepada RM3.2 bilion (Disember 2014) dan terus meningkat kepada RM3.54 bilion, April lalu.

“Semua kejayaan ini tidak mungkin kita capai tanpa dokongan daripada pegawai dan anggota perkhidmatan awam di peringkat negeri serta daerah.

“Ini membuktikan semua penjawat awam negeri memberi khidmat cukup baik untuk mengutip hasil. Suku tahun pertama sahaja, kita berjaya kutip 52 peratus (RM1.1 bilion) daripada sasaran tahun ini,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-11 08:13:24 daripada Administrator

  •  
  • Print