Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Karnival memancing MPSJ meriah tarik 500 pengunjung

PUCHONG, 7 JUN: Karnival Memancing Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Tasik Taman Puchong Perdana hari ini disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung.

Acara tahunan itu turut mendapat kerjasama Pejabat Adun Sri Serdang bagi memastikan kelancaran program.

Pertandingan memancing MPSJ (7)

Adun Sri Serdang, Noor Hanim Ismail, berkata ia bagi menggalakkan kegiatan sihat dan memberi peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti mesra rakyat.

“Ia juga dapat memperkukuhkan perpaduan antara kaum serta membentuk individu sihat dan cerdas.

“Karnival ini turut mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah antara pihak Majlis, pejabat Adun dan penduduk di kawasan Puchong,” katanya ketika merasmikan majlis itu.

Selain pertandingan memancing, acara sampingan turut diadakan seperti pertandingan mewarna, sukan rakyat, karom, jamuan rakyat dan sambutan hari lahir warga emas kawasan Sri Serdang.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-11 08:09:18 daripada Administrator

  •  
  • Print