Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

RM2 juta bina semula Medan Selera Jalan Pandan Indah 6/2

PANDAN INDAH, 20 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memperuntukkan RM2 juta bagi pembinaan semula Medan Selera Jalan Pandan Indah 6/2, di sini.

Sebuah kompleks medan selera dua tingkat akan didirikan bagi menggantikan bangunan lama yang usang berusia hampir 20 tahun.

IMG_7502

Adun Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerja pembinaan akan dimulakandi atas tanah sedia ada seluas 0.946 ekar dan akan dibina bermula September ini yang dijangka siap dalam tempoh 10 bulan.

“Bangunan baru dua tingkat itu akan menempatkan 40 gerai dengan kemudahan perkhidmatan lebih selesa. Fasa pertama, kita akan bina gerai dengan peruntukan RM2 juta, manakala fasa kedua kita akan bina surau dan dewan.

“Namun, jumlah peruntukkan fasa kedua belum diketahui,” katanya selepas lawatan tapak ke medan selera berkenaan.

Medan selera baharu itu akan menempatkan 20 gerai utama, 10 kiosk dan 10 gerai pelbagai dengan kapasiti 282 tempat duduk. manakala kemudahan lain seperti tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pejabat turut disediakan.

IMG_7504

Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor berkata, pembinaan itu adalah kesinambungan kepada projek pembinaan medan selera di Pangsapuri Kos Rendah Taman Dagang bernilai RM500,000.

Katanya, peniaga sedia ada akan ditempatkan sementara bersebelahan bangunan medan selera sedia ada supaya boleh meneruskan perniagaan.

Sehingga kini, 19 orang peniaga yang terdiri daripada penduduk Pandan Indah menyewa lot kedai pada harga RM160 sebulan daripada MPAJ.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-05-20 11:41:46 daripada Administrator

  •  
  • Print