Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB: 56,000 disasar terima manfaat Hijrah pada 2017

KUALA SELANGOR, 10 MEI: Program Hijrah dilaksanakan bagi mengupayakan rakyat menjana pendapatan isi rumah ke tahap lebih selesa sekaligus menyertai golongan berpendapatan menengah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, disasarkan 56,000 peserta bakal menerima manfaat itu di 56 DUN pada 2017.

MB Hijrah

Katanya ia adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri untuk melaksanakan agenda ekonomi kerakyatan.

“Tidak mungkin rakyat di kampung berpendapatan rendah dan menengah boleh dibiarkan begitu sahaja mengikut putaran pasaran yang ada tanpa bantuan Kerajaan Negeri.

“Melalui program ini, mereka dapat berhijrah masuk ke kelas menengah dan tingkatkan pendapatan isi rumah untuk membiayai keluarga di masa akan datang,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Fasa Kedua Hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Dalam majlis itu, seramai 2,325 peserta dari seluruh DUN menerima manfaat Hijrah dengan kos sebanyak RM12.26 juta.

Mohamed Azmin berkata Hijrah mengupayakan golongan peniaga kecil yang tidak mempunyai modal menceburkan diri dalam keusahawanan bagi mendepani suasana ekonomi getir.

Beliau berkata ikhtiar membangunkan usahawan kecil adalah usaha jangka panjang bagi membasmi barah kemiskinan di Selangor.

“Kerajaan Negeri sedar dengan keadaan dan status ekonomi negara hari ini apabila golongan miskin terus terperangkap dengan belenggu kemiskinan.

“Tanpa pembiayaan program kerajaan pastinya rakyat tidak mampu untuk memulakan perniagaan memandangkan kos sara hidup dan modal pusingan amat membebankan,” katanya.

Hijrah diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Program itu diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Kerajaan Negeri turut menaikkan siling peruntukan bagi kedua-dua dana ini kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/


Kemaskini pada 2015-05-18 10:33:13 daripada Administrator

  •  
  • Print