Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Pergerakan tanah di Jalan Plumbum, Seksyen 7 terus dipantau

SHAH ALAM 9 MEI: Pemantauan berterusan perlu dilakukan untuk mendapatkan bacaan pergerakan tanah di tapak kawasan pembangunan Jalan Plumbum apabila mendap dan menyebabkan 12 pemilik dipindahkan.

Pengurus Perhubungan Awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) meminta pemaju menjalankan kerja pembangunan bersebelahan tapak insiden meneruskan pemantauan sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

pkns-logo

“MBSA memanggil pemaju dan PKNS sekali lagi pada 20 Mei depan bagi membentangkan penemuan awal kemungkinan berlakunya lagi pergerakan tanah atau tidak di kawasan itu,” katanya pada kenyataan media.

Sementara itu, Ishak memaklumkan kesemua 12 unit rumah terlibat kejadian tanah mendap pada 2 April lalu mengosongkan premis kediaman mereka dan kini sudah menetap di rumah sewa di sekitar Lembah Kelang.

Sebagai tanda prihatin, PKNS menyediakan elaun rumah sewa RM2,000 hingga RM2,500 kepada rumah terlibat.

“Bantuan ini diteruskan sehingga rumah mereka selamat kembali diduduki,” katanya lagi.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/


Kemaskini pada 2015-05-18 10:29:16 daripada Administrator

  •  
  • Print