Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Paras empangan air Selangor memuaskan

SHAH ALAM, 7 MEI: Kapasiti air di beberapa empangan sekitar Selangor berada pada tahap baik dan memuaskan walaupun keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, walaupun paras empangan tidak mencapai tahap tertinggi namun ia bukan sesuatu yang membimbangkan.

“Semua empangan berada pada tahap baik bukan dalam keadaan berjaga-jaga atau kritikal yang boleh membimbangkan pengguna sekitar Lembah Klang,” katanya kepada Selangor Kini.

empangan selangor sept 3

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (Luas), empangan Sungai Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Lembah Klang, Selangor dan Putrajaya kini mencatatkan 70.29 peratus iaitu pada kadar 161.66 juta meter padu.

Bagi Empangan Batu, ia mencatat kadar takungan 71.69, manakala Klang Gates adalah 72.18 peratus iaitu 18.29 juta meter padu.

Sementara Kolam Takungan Sungai Labu pula mencatatkan 84.74 peratus pada kadar 7.68 juta meter padu dan empangan Langat 66.14 peratus iaitu 22.55 juta meter padu.

Selain itu, empangan Semenyih 57.25 juta meter padu (96.92 peratus), empangan Sungai Tinggi pula 83.13 juta meter padu (72.60 peratus) dan empangan Tasik Subang pula 4.21 juta meter padu (100.00 peratus).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/


Kemaskini pada 2015-05-18 10:23:01 daripada Administrator

  •  
  • Print