Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB: Pemergian Azmawi kehilangan besar, arwah amanah & disayangi

KAJANG, 8 APR: Pengurus Kanan Perhubungan Pelabur di Pusat Pelaburan Selangor Berhad (SSIC), Allahyarham Noor Azmawi Abdul Aziz semasa hayatnya merupakan seorang berdedikasi dan banyak memberi idea segar bagi menarik pelaburan ke Selangor.

Dato’ Menteri Besar , Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen ditunjukkan Noor Azmawi berterusan walaupun selepas beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum pembedahan dijalankan.

MB Lawatrumah arwah Noor Azmawi Aziz di Sungai Ramal (9)

“Kerajaan Negeri sedih dengan pemergian Tuan Haji Noor Azmawi Abdul Aziz kerana beliau seorang komited menjalankan tugas selama 15 tahun.

“Malahan beberapa hari sebelum pembedahan beliau meminta keizinan doktor ke pejabat untuk buat kerja.

“Kali terakhir saya bertemu semasa beliau memberi taklimat usaha perlu dijalankan bagi mendapat lebih banyak pelaburan di Selangor,” kata Mohamed Azmin semasa menziarahi keluarga Allahyarham di Sungai Ramal, di sini, semalam.

Noor Azmawi juga sempat mengaturkan delegasi pelaburan diketuai Mohamed Azmin sepanjang tahun ini.

Mohamed Azmin dalam kunjungan ziarahnya itu turut menghulurkan sumbangan Kerajaan Negeri kepada isteri Allahyarham, Lydiarahayu Mohd Ashraf dan memberi jaminan membiayai kos persekolahan dan perubatan anak-anak Allahyarham.

Allahyarham Noo Azmawi, 44, sebelum ini mengadu sakit kepala kepada rakan sekerjanya.

Beliau kemudiannya dihantar ke PPUM sebelum menjalani pembedahan.

Selepas pembedahan, Allahyarham koma kira-kira seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Isnin lalu.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-20 10:48:31 daripada Administrator

  •  
  • Print