Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Projek bina LRT, MRT di Shah Alam

SHAH ALAM 7 APRIL: Penduduk bandar raya ini dan sekitar bakal menikmati kemudahan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Mass Rapid Transit (MRT) dijangka siap pada 2020.

Ia antara tujuh projek pengangkutan awam yang dirancang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.

DNS-2015-small

Exco Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), berkata laluan LRT yang dicadang ialah Kelana Jaya-Ampang dan Bandar Utama-Klang.

Katanya, laluan MRT ialah Sungai Buloh-Kajang dan Sungai Buloh-Putrajaya, selain Projek Bus Rapid Transit (BRT) dan Projek Sambungan Komuter Sky Park Link.

“Projek jangka panjang itu bagi membentuk perancangan dan pelan induk pengangkutan awam lebih komprehensif,” katanya.

Teng berkata, pelan perancangan jangka pendek pula ialah penyediaan perkhidmatan ‘Park n Ride’ di Stesen Komuter, Seksyen 19 di sini.

Selain itu, katanya, menaik taraf terminal bas di Seksyen 17, membina Hentian Akhir Bandar (HAB) di Stesen Komuter, Seksyen 19 serta menaik taraf hentian bas dan perkhidmatan bas percuma.

“Kita mahu hubungkan pusat komersil di Shah Alam dengan mewujudkan bas bandar dan meningkatkan kekerapan perjalanan,” katanya.

Menyatakan empat syarikat bas awam memberi perkhidmatan melalui keseluruhan 25 laluan, beliau berkata, MBSA memohon lima laluan tambahan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

“Kekerapan perkhidmatan bas bandar ditingkat dari 30 minit kepada 15 minit pada waktu puncak,” katanya.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-20 10:44:56 daripada Administrator

  •  
  • Print