Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Karnival Kampungku Kesayanganku perkukuh kerjasama masyarakat

TANJONG KARANG, 28 MAC: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) berlangsung meriah bertempat di Masjid Jame’ At-Tuqa, Parit 1, Kampung Sungai Sirih.

Karnival yang diadakan selama dua hari ini bertujuan membawa agensi kerajaan turun padang dan dapat menyampaikan mesej jabatan secara terus kepada masyarakat.

dr yunus

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi hadir menyempurnakan majlis perasmian sambil diiringi Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim.

Menurut Ahmad Yunus, karnival ini dianjurkan buat kali kedua selepas penganjuran di Daerah Sabak Bernam minggu lalu.

“Program ini kita bawa agensi kerajaan di bawah potfolio saya bertemu dengan masyarakat dan menyampaikan mesej kemasyarakatan.

“Saya mahu program ini terus kepada rakyat dan keterlibatan semua jabatan itu perlu kerana ada jabatan yang mempunyai mesej rakyat tetapi tidak mempunyai peruntukan program.

“Jadi bila kita membuat program secara bersepadu ini mereka boleh turut serta bersama,” katanya.

Sebagai contoh katanya, Jais yang turun bersama dapat melihat masjid dan sekolah agama rakyat supaya perancangan program baik pulih dapat dilakukan.

Tambah beliau, pemilihan masjid sebagai lokasi program bertujuan menjadikan masjid sebagai medan pengukuhan masyarakat selain pusat ilmu dan dakwah serta bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan Kebajikan Kampung (JKKK).

Selain Jais, beberapa agensi yang mengendalikan program Merakyatkan Ekokomi Selangor (MES) turut sama mengambil bahagian dalam karnival ini.

Karnival antara lain turut diserikan dengan program pengisian rohani dan sembang santai yang di kendalikan oleh penyanyi popular, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi.

Menyentuh soal pertandingan keceriaan kampung beliau memaklumkan program berkenaan masih berjalan seperti biasa.

Katanya lagi, setiap kampung diberikan tempoh selama enam bulan untuk menceriakan kawasan kampung dan pemenang akan diumumkan pada penghujung tahun ini.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-31 10:16:26 daripada Administrator

  •  
  • Print