Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

RM2.81 juta tingkat kemahiran wanita 56 DUN

SHAH ALAM, 23 MAC: Program pembangunan dan pemberdayaan Pusat Wanita Berdaya (PWB) dengan peruntukan RM2.81 juta mampu menjadikan wanita lebih berdaya saing dan berjaya dalam kerjaya serta rumahtangga.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pada sesi Belanjawan 2015 Kerajaan Selangor memberikan penumpuan khusus bagi penambahbaikan program itu yang dijalankan di semua 56 DUN.

wanita 4

“Ia untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita di peringkat akar umbi serta meningkatkan taraf pendapatan keluarga melalui produk dihasilkan PWB masing-masing.

“Antara fokus pemberdayaan dalam PWB adalah dari aspek kefahaman gender, kepimpinan, kesihatan dan keselamatan keluarga,” katanya dalam ucapan perasmian Hari Wanita peringkat Selangor dan pra pelancaran Festival Fesyen Orked Selangor 2015 (Orked) di sini, semalam.

Daroyah berkata, tema sambutan Hari Wanita Selangor kali ini ialah Hormat Wanita – #MakeItHappen yang menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang peka gender dan amat prihatin terhadap keperluan wanita.

Katanya, Kerajaan Negeri menyedari kaum wanita adalah watak utama dalam menyumbang kepada pembangunan mampan negeri serta membentuk sosio budaya masyarakat.

“Malaysia masih punya jalan yang panjang bagi membetulkan kedudukan dan taraf wanita di negara ini dalam aspek pemberdayaan ekonomi dan penyertaan politik.

“Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi
menjayakan agenda memartabatkan wanita di Malaysia,” katanya.

Dalam The Global Gender Gap Index 2014 dilaporkan World Economic Forum, Malaysia berada di kedudukan ke 107 daripada 142 negara iaitu lebih rendah berbanding Singapura (59), Vietnam (76) dan Indonesia (97).

EZY


Kemaskini pada 2015-03-25 10:40:06 daripada Administrator

  •  
  • Print