Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Paras air empangan seluruh Selangor terkawal

SHAH ALAM, 14 MAC: Paras air di kebanyakan empangan seluruh Selangor masih terkawal walaupun mengalami penurunan berbanding minggu lalu.

Setakat 8 pagi tadi, paras empangan Sungai Langat mencatatkan penurunan 2.68 peratus iaitu 91.96 peratus berbanding minggu lalu (94.64).

Empangan

Empangan Batu menurun 1.99 peratus (87.08) berbanding minggu lalu iaitu 89.07, manakala Klang Gates juga menurun 2.09 peratus (84.70) berbanding 86.79 peratus.

Sementara itu, Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air kepada Lembah Klang menurun dari 75.05 peratus kepada 73.89 peratus iaitu mengalami penurunan 1.16 peratus.

Selain itu, paras air di empangan Tasik Subang mencatat jumlah takungan tertinggi iaitu peningkatan 100 peratus berbanding minggu lalu iaitu 97.51 peratus diikuti Semenyih 95.42 peratus.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, sebelum ini berkata paras air di tujuh empangan di seluruh Selangor terkawal dan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa rakyat negeri itu.

Paras itu menunjukkan kapasiti lebih tinggi berbanding tempoh masa sama tahun lalu.

azmin

“Contohnya pada 4 Mac lalu, paras empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 44.84 peratus berbanding hari ini iaitu 75.05 peratus.

“Kita juga mendapati penggunaan air perkapita bagi rakyat negeri ini tinggi iaitu 235 liter sehari dan saya mengingatkan pengguna supaya mengurangkan penggunaan air bagi menjaga kelangsungan bekalan air ini,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memulakan proses pembenihan awan sekitar Empangan Sungai Selangor bertujuan menambah kapasiti takungan air dalam empangan itu yang kini berada di paras 78.93 peratus.

Pengarah Luas, Md Khairi Selamat berkata, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan krisis air di Lembah Klang ekoran fenomena Ekuinoks yang membawa cuaca panas bermula minggu depan sehingga awal April ini.

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:26:25 daripada Administrator

  •  
  • Print