Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Kereta antik ‘Royal Royce’ elektrik teroka keindahan Sekinchan

SEKINCHAN, 9 MAC: Lima kereta antik menggunakan tenaga elektrik yang mampu membawa sehingga 11 penumpang menjadi tarikan baru produk pelancongan di Sekinchan.

Uniknya, kenderaan mirip kereta antik ‘Royal Royce’ itu berkonsepkan tanpa dinding seterusnya memberikan pelancong merasai secara langsung suasana sawah padi dan pantai.

kereta skinchan 1

Exco Pelancongan, Elizabeth Wong, berkata kenderaan itu adalah inisiatif penduduk setempat yang diimport dari China.

“Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan membelanjakan sekitar RM300,000 untuk membeli kenderaan itu.

“Persatuan kemajuan pelancongan dari daerah lain boleh melawat Sekinchan untuk belajar bagaimana mereka memajukan industri pelancongan dengan mempakejkan semua peranan dan keistimewaan sehingga wilayah ini menjadi terkenal di kalangan pelancong,” katanya.

Elizabeth berkata pendekatan unik dan segar itu akan melonjakkan lagi Sekinchan sebagai lokasi tumpuan pelancong.

“Saya sendiri teruja menaikinya, ruang penumpang yang terbuka tanpa tingkap membolehkan kita merasakan angin segar.

antik sekinchan

“Anda sendiri patut merasai pengalaman pelancongan desa dengan kereta antik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini pada Majlis Perasmian Tahun Melawat Selangor 2015, Peringkat DUN Sekinchan, di sini hari ini.

Hadir sama, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din.

Tiket serendah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak, pelancong akan dibawa merentasi kawasan sawah padi yang luas terbentang dan mengunjungi Rumah Nenek, Galeri Padi, Perkampungan Nelayan dan beberapa lagi kawasan menarik.

Antara produk pelancongan terkenal di Sekinchan, jeti pendaratan hasil laut yang bermutu dan segar, muzium padi, mangga Sekinchan, home stay, keindahan panorama sawah padi dan industri kecil sederhana (IKS) dan produk makanan kampung.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 09:54:36 daripada Administrator

  •  
  • Print