Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Anak muda patut tanam pokok daripada hanya main gajet

SHAH ALAM, 7 MAC : Generasi muda patut terlibat dalam aktiviti penjagaan alam sekitar seperti program menanam pokok daripada terperangkap dengan budaya permainan gajet.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata adalah penting untuk menyayangi dan memelihara khazanah alam berharga demi keselesaan hidup generasi akan datang.

“Saya bangga hari ini ramai generasi muda yang sukarela hadir menyokong program tanam pokok ini. Anak muda sekarang obses dengan gajet. Jarang mereka tampil untuk program ini.

“Ambillah sedikit masa untuk hijaukan bumi kita”, katanya pada Program Trees For Life 2015 di Jalan Monfort, Shah Alam.

Program kali ini turut dihadiri 300 peserta membabitkan NGO ,sukarelawan dari institut pengajian tinggi, Eco Warriors dan Jabatan Kerja Raya.

Manakala Yayasan J.C Jacobsen menyumbang sebanyak RM45,000 untuk pembelian 1,500 anak pokok.

Surirumah, Ariani, 36, berkata lebih ramai ibu bapa yang memberi penekanan terhadap alam sekitar kepada kanak- kanak.

“Pendedahan awal ini bagus. Bergantung kepada ibu bapa bagaimana hendak didik anak kita untuk cintakan alam semulajadi. Macam hari ini,saya bawa anak-anak untuk belajar tanam pokok dan kenal cangkul,” katanya.

Sementara itu, Haris Haikal ,18, berkata, program ini jangan dianggap remeh kerana tanpa pokok sesuatu kawasan bertambah panas.

“Nampak leceh tanam pokok tapi kalau tak ada pokok angin pun tak ada. Tambahan sekarang ini jarang hujan,” katanya.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-09 08:48:49 daripada Administrator

  •  
  • Print