Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB: Bekalan air cukup hadapi musim kemarau

SHAH ALAM 6 MAC: Pembekalan air di Selangor dalam keadaan terkawal dan dijangkakan dapat terus membekalkan bekalan air kepada pengguna.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia berdasarkan kepada keupayaan menyediakan sumber air mentah yang mencukupi setelah mendapatkan taklimat daripada agensi berkaitan.

Katanya ia disebabkan kapasiti empangan menunjukkan paras lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas.

Contohnya pada 4 Mac 2014, paras Empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 44.84 peratus berbanding pada hari ini iaitu sebanyak 75.05 peratus.

Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi adalah merupakan empangan utama dalam pembekalan air di Negeri Selangor iaitu meliputi 60 peratus daripada jumlah pembekalan air di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Katanya, Kerajaan Selangor juga telah dan terus melaksanakan tindakan memastikan kesinambungan bekalan air serta kesediaan sumber air di empangan seperti berikut:

i. Meneruskan operasi pembenihan awan (cloud seeding) yang membolehkan hujan turun di kawasan tadahan dan lembangan sungai;

ii. Menerus dan menguruskan operasi pengepaman air dari kolam takungan di sekitar Bestari Jaya tanpa mengabaikan soal kualiti sumber air tersebut;

iii. Mengawal pelepasan air empangan bagi memastikan pelepasan dilaksanakan secara optimum dengan mengambil kira sumber air sedia ada;

iv. Mengadakan kerjasama erat antara agensi Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau dan mengawal bagi mengelakkan berlakunya pencemaran sumber air; dan

v. Penguatkuasaan yang tegas melalui pemantauan yang berterusan di sepanjang sungai yang terlibat dalam pembekalan air mentah iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih termasuk semasa waktu cuti.

Katanya, Kerajaan Selangor juga telah memindahkan air dari terowong Langat 2 ke Sungai Langat yang bertujuan untuk memberdaya ketahanan Sungai Langat untuk Loji Rawatan Air Sungai Langat, Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11.

BACA KENYATAAN MEDIA PENUH MB ISU AIR

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-09 08:46:24 daripada Administrator

  •  
  • Print