Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Sistem pengurusan hutan sistematik lindungi ekosistem hutan

KUALA SELANGOR, 1 MAC : Pelaksanaan sistem ‘Pengurusan Hutan Secara Berkekalan’ yang dikuatkuasakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berupaya memastikan kawasan hutan simpan kekal menyumbang kepada faedah ekonomi, sosial dan alam sekitar secara berterusan untuk generasi akan datang.

Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Dr Mohd Puat Dahalan, berkata pihaknya sudah menyediakan dua rancangan pengurusan di bawah sistem itu meliputi keseluruhan hutan simpanan kekal dan hutan paya gambut di negeri ini.

hutan selangor

Katanya ia digubal dengan objektif untuk mencapai pembangunan berkekalan sektor perhutanan sesuai dengan dasar dan strategi pengurusan hutan yang mengambil kira keperluan sosio-ekonomi, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

“Ia turut disokong dengan tiga pelan lain iaitu pelan pemulihan kawasan terosot, pelan pengurusan zon penampan dan pelan pengurusan kebakaran secara kerjasama.

“Semua dokumen yang disediakan dan diterima pakai di peringkat Selangor diharap dapat diterjemahkan melalui tindakan dan pelaksanaannya di lapangan dengan kerjasama semua pihak berkepentingan,” katanya.

hutan

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Hari Tanah Lembab Sedunia 2015 di Hutan Simpan Raja Musa, di sini.

Dalam pada itu, katanya tiada kejadian kebakaran hutan dilaporkan sejak awal Januari lalu hasil usahasama semua pihak untuk memastikan ekosistem hutan berada dalam keadaan baik.

Katanya keadaan itu sama sekali berbeza dengan tahun lalu dengan lebih 1,300 hektar hutan simpan terlibat dengan kebakaran yang mendatangkan kerugian kepada ramai pihak.

“Kita perlu beri kredit kepada beberapa agensi yang banyak membantu dalam mempraktikkan tindakan pencegahan, contoh di Hutan Paya Gambut Utara di mana satu perancangan pelan teliti yang mengambil kira pengawalan paras air.

“Jadi bila berlaku kebakaran kita sudah bersedia dan kita sudah sampai ke tahap melawan kebakaran,” katanya lagi.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-09 08:33:20 daripada Administrator

  •  
  • Print