Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

1.4 juta pelancong disasar kunjungi Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 15 FEB: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mensasarkan 1.4 juta pelancong hadir ke pusat pelancongan miliknya sempena Tahun Melawat Selangor 2015.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata untuk tujuan itu pihaknya menawarkan pakej pelancongan lengkap merangkumi eko pelancongan, sukan dan warisan.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (15)

“Kuala Selangor adalah wilayah penerima faedah tertinggi industri pelancongan negeri saban tahun.

“Kita sentiasa berusaha keras memastikan situasi ini kekal dan meningkat di masa hadapan menerusi beberapa penambahbaikan di kawasan pelancongan yang dimiliki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015 Peringkat Daerah Kuala Selangor, di Padang Pekan Lama, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong dan Pengurus Besar Tourism Selangor Noorul Ashikin Mohd Din.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (1)

Kuala Selangor mempunyai pusat pelancongan yang lengkap meliputi pelancongan eko, sukan dan warisan seperti Bukit Melawati, Taman Ikan Air Tawar, Taman Alam, Pantai Remis Kelip-kelip Kampung Kuantan dan Homestay Sungai Sireh.

Noraini berkata, MDKS mengambil langkah awal sejak 2014 dengan menaik taraf beberapa pusat pelancongannya dalam usaha merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Selangor 2015.

“MDKS membelanjakan RM616,000 peruntukan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan kerja menaiktaraf Pusat Pelancongan Kelip-kelip (RM400 ribu), kemudahan infra di Pantai Remis (RM20 ribu) dan pembelian Trem di Bukit Melawati (RM196 ribu).

“Kita percaya pulangan yang akan diterima nanti jauh lebih besar daripada apa yang dibelanjakan,” katanya.

Untuk rekod, bagi 2014, MDKS berjaya menarik seramai 204,717 pengunjung ke Pusat Bukit Melawati (115,793) dan Taman Ikan Air Tawar (9,124) dan kelip-kelip Kampung Kuantan (79,800) dengan jumlah pendapatan RM1.417 juta.
“Atas rekod tersebut dan usaha koleftif yang diambil dengan kerja penambahbaikan pusat pelancongan, kita yakin julah pengunjung dan pendapatan bagi tahun ini dapat di tingkatkan,” katanya.

Pada majlis sama, Elizabeth turun merasmikan Trem baru sumbangan Kerajaan Negeri kepada MDKS bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Bukit Melawati.

Sebelum ini, MDKS hanya memiliki dua Trem, bagaimanapun ia tidak mencukupi menampung kebanjiran pengunjung yang ingin ke puncak Bukit Melawati terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

EZY

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-17 08:41:06 daripada Administrator

  •  
  • Print