Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
LOGIN
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Menteri Besar

Y.A.B DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Y.A.B. DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI

 

 

Jawatan :
Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor

 

Alamat Rasmi: 
Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam
Tel: 03-55447013 / 7022
Fax: 55190032
E-mel : azminali@selangor.gov.my

 

Alamat Kediaman Rasmi:
Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor,
Jalan Permata 7/1,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam

 


 

Latar Belakang

Lahir pada 25 Ogos 1964, di Singapura, Bapanya Ali dan ibunya Hajjah Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor.

 

Pendidikan

Menerima pendidikan awalnya di Sekolah Gurney Road (2) Kuala Lumpur dari tahun 1971 hingga 1976. Selepas itu beliau belajar di Sekolah Menengah Setapak, Kuala Lumpur (1977-1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980-1981). Pada tahun 1982, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Minnesota di Amerika Syarikat dan berjaya menggulung ijazah dalam bidang matematik dan ekonomi pada 1987. Selanjutnya beliau menyambung sarjana dalam pendidikan matematik dan ekonomi di universiti yang sama.

 

Penglibatan dalam Politik

  • Beliau mula terlibat dalam politik pada sekitar tahun 1987 semasa berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran ketika itu sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran.
  • Beliau antara ahli yang terawal menganggotai Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  • Pada Pilihanraya Umum ke-10 (29 November 1999), beliau telah memenangi kerusi ADUN Hulu Kelang. Beliau turut memenangi kerusi DUN pada  Pilihanraya Umum ke-12 (2008) dan Pilihanraya Umum ke-13 (2013), DUN Bukit Antarabangsa. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Gombak selama dua penggal iaitu 2008-2013 dan 2013 sehingga sekarang.
  • Di dalam Parti, Beliau dilantik sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Nasional pada 2001 dan dipilih semula pada Disember 2004 dan Mei 2007. Pada 2010, Kongres Parti Keadilan Nasional telah melantik Azmin sebagai Timbalan Presiden dan beliau terus menyandang jawatan tersebut sehingga hari ini. Pada 23 September 2014 beliau telah mengangkat sumpah sebagai YAB. Dato' Menteri Besar Selangor.

 

Keluarga :

Mendirikan rumahtangga bersama Shamshida binti Taharin pada 7 Ogos 1988.

Anak :

Farah Shazliyana, Mohamed Ameer Shazrin, Farah Amira, Farah Afifah, Mohamed Basheer Noor Al Haq, Mohamed Yusuf Al Sadiq.


Kemaskini pada 2016-05-30 11:51:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page