Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Usahawan ternak: Selangor lengkapkan belia ilmu & latihan

HULU LANGAT, 10 FEB: Hampir 100 peserta dari kalangan belia Selangor menjalani kursus penternakan di bawah Program Belia Tani anjuran Kerajaan Negeri.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, usaha itu diambil bagi memastikan peserta dilengkapi ilmu, latihan dan kemahiran sebelum berdikari sebagai usahawan ternak.

“Ilmu adalah teras utama sesuatu kejayaan. Dalam usaha melahirkan usahawan ternak yang berjaya di kalangan belia Selangor, kita perlu lengkapkan mereka dengan kursus ilmu seperti ini.

Interview bersama MJ Fathonah (11)

“Kos kursus latihan sepanjang tempoh enam hari di akademik lantikan adalah RM1,500 yang ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas melawat Tapak Projek Penyaluran Air Mentah Paip Pahang- Selangor (PPAMPS) 1800mm dari ‘Tunnel Outlet’ ke Sungai Langat, di sini.

Sehingga kini, Kerajaan Selangor melantik beberapa akademik latihan sebagai vendor pelatih antaranya Akademik Usahawan Ternak, MJ Fatonah Sdn Bhd.

“Selain kos latihan, masalah utama mereka juga adalah lokasi dan tanah. Jadi, Kerajaan Negeri akan bantu atasi masalah ini dengan mengenalpasti ruang mana yang boleh diguna pakai untuk tujuan penternakan,” katanya.

zaidy

Mengulas lanjut, Zaidy berkata, pihaknya sedang giat melengkapkan Program Belia Tani bagi sektor pertanian dan perikanan.

“Kita masih dalam rangka menyelesaikan beberapa perkara dalam sektor pertanian dan perikanan. Kita sudah mengadakan lawatan kerja ke jabatan terlibat untuk jalinkan kerjasama membangunkan program ini.

“Saya sendiri baru dilantik sebagai Ahli Jemaah PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) dan kita kenalpasti beberapa tanah untuk digunapakai dalam program ini,” katanya.

-NFN-

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-11 10:45:46 daripada Administrator

  •  
  • Print