Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

SMUE berjaya sumbang RM135 juta kepada 54,982 waris

SHAH ALAM, 11 FEB: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjaya menghulurkan sumbangan RM135 juta kepada 54,982 waris yang layak sejak dilancarkan, pada 1 Oktober 2008 sehingga 31 Disember lalu.

Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir berkata, SMUE akan mempertingkatkan kecekapan operasi dalam memastikan lebih ramai warga emas yang layak dapat menyertai program pro-rakyat itu.

SMUE Petaling

“Pencapaian setakat ini amat memberangsangkan. Kami akan terus bekerja keras memastikan penyertaan warga emas yang layak dapat dipertingkatkan tahun ini,” katanya kepada Selangor Kini.

SMUE adalah salah satu daripada tujuh agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) fasa 1 yang mula diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mula mentadbir Selangor, pada Mac 2008.

Setakat ini,Kerajaan Negeri memperkenalkan lebih 16 skim di bawah Program MES.

Berasaskan skim khairat kematian, SMUE diwujudkan bagi menghargai jasa dan peranan warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan sosial, bahkan turut ditawarkan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang layak.

SMUE2

“Selain meringankan beban pewaris menyelesaikan urusan berkaitan dengan si mati, sumbangan RM2,500 berperanan menampung pembayaran kos pengurusan jenazah dan pengkebumian atau menyelesaikan hutang si mati,” katanya.

Mengikut rekod, pada 2008, SMUE menghulurkan sejumlah RM870 ribu, jumlah itu ditingkatkan kepada RM20 juta pada 2009, diikuti 2010 (RM21.5 juta), 2011 (RM20.7 juta), 2012 (24.7 juta), 2013 (RM21.6 juta) dan 2014 (RM30.3 juta) iaitu jumlah tertinggi pernah dicatatkan.

-NFN-

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-11 10:46:36 daripada Administrator

  •  
  • Print