Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

PBT perlu perketat pemeriksaan pembangunan, elak banjir kilat berlaku

SHAH ALAM, 12 JAN: Sistem perparitan sedia ada yang tidak mampu menampung jumlah air yang besar dperlu dibaik pulih semula bagi mengelak kejadian banjir kilat berulang di beberapa kawasan di Selangor.

ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, Kerajaan Selangor khususnya perlu membuat persiapan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana semua pihak sedia maklum berkenaan perubahan monsun setiap penghujung tahun.

Sulaiman berkata, seharusnya semua parit dan kawasan yang menjadi laluan utama air sudah dibersihkan lebih awal melalui satu peruntukan khas.

kajang banjirKatanya, terdapat beberapa pembangunan dilaksana tidak mengikut syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Penguatkuasaan pihak perbandaran berkenaan longkang dan parit yang tersumbat menjadi penyumbang kejadian banjir kilat antaranya di Meru, Pelabuhan Klang serta beberapa kawasan di bandar.

“Kita bukan menolak pembangunan. Kita tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak tetapi mahu penguatkuasaan dan satu peruntukan khusus perlu diberikan untuk menghadapi banjir.

“Kalau di Kelantan hilang rumah dan harta benda. Tetapi di Selangor walaupun tidak kena fenomena tersebut, namun akan melibatkan kesukaran yang banyak seperti kehilangan harta benda, kerosakan dan masalah trafik jika banjir kilat berlaku,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Katanya, PBT perlu membuat pemeriksaan lebih ketat supaya pembangunan yang dibuat lebih mementingkan keselamatan penduduk supaya terhindar daripada kejadian banjir di kawasan bandar.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan bahawa penerokaan hutan yang tidak terkawal menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat selain daripada pembangunan tidak terancang.

hasbullah gombak setia 16 mei 01Nada sama turut diluahkan ADUN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan yang berharap pemaju menyediakan lebih banyak kawasan takungan air melalui pembangunan yang dibuat bagi mengelakkan kejadian bencana berlaku.

Hasbullah berkata, walaupun kejadian banjir yang berlaku di Selangor lebih terarah kepada banjir kilat, namun kemusnahan dan kerosakan yang dihadapi tetap membebankan penduduk.

Katanya, longkang dan parit sedia ada perlu diganti kerana tidak lagi mampu menampung kapasiti air yang besar terutama beberapa kampung di kawasan Gombak Setia melihat kepada keadaan terbabit.

Beliau berkata, beberapa kawasan di DUN beliau yang sering menjadi mangsa bencana banjir kilat adalah di Kampung Kerdas, Gombak Ria, Gombak Indah dan Kampung Tengah.

Mengikut rekod, antara banjir buruk yang pernah dicatatkan di kawasan bandar negeri itu berlaku di Ampang pada tahun 2012 dan Kajang, baru-baru ini.


Kemaskini pada 2015-01-13 11:06:05 daripada Administrator

  •  
  • Print