Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

100 hari pentadbiran Mohamed Azmin, peduli rakyat jadi komitmen utama

SHAH ALAM, 31 DIS: Hari ini genap 100 hari pentadbiran YAB Mohamed Azmin Ali sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor selepas dilantik secara rasmi, pada 23 September lalu.

Komitmen jitu dan peduli rakyat yang menjadi corak pentadbiran Mohamed Azmin mampu diterima baik seluruh Selangor, bahkan mendapat maklum balas positif dari pembangkang negeri.

azmin1

Beliau dilihat tidak kekok menjalankan pelbagai aktiviti bersama rakyat hingga sanggup masuk ke dalam longkang, berbasikal sekitar Pulau Ketam, bahkan menolak sebarang cenderahati dalam program turun padang yang dihadirinya.

Penyelesaian tuntas lagi pantas membabitkan kontroversi Bible, perjanjian air dan Kidex memperlihatkan kesungguhan Adun Bukit Antarabangsa itu dalam memaknakan kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhan.

Kejayaan menyelesaikan isu rampasan Bible yang berlarutan, sejak Januari lalu juga mendapat reaksi positif masyarakat Islam dan bukan Islam, bahkan beberapa tokoh badan bukan kerajaan (NGO) juga menyifatkan Mohamed Azmin berjaya mempraktikkan toleransi berprinsip seperti zaman Rasulullah SAW.

MB Azmin lori

Selain itu, beliau secara tegas menetapkan tiga syarat untuk dipatuhi-tambahan terma baru yang perlu dipatuhi sebelum perjanjian konsesi berakhir 15 Februari ini, membabitkan isu kelulusan projek lebuh raya KIDEX.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Mohamed Azmin juga kini memuktamadkan pengambilan dua lagi syarikat konsesi iaitu Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Mohamed Azmin juga bertekad memastikan pembinaan Projek langat 2 baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan yang dinilai secara objektif oleh wakil Kerajaan Negeri supaya tiada pembaziran.

Isu sampah di beberapa lokasi seluruh negeri turut menjadi keutamaan Mohamed Azmin apabila sanggup memberikan nombor telefon peribadinya supaya rakyat boleh melapor secara langsung kepada beliau berhubung masalah terbabit.

MB Azmin

Pada masa sama, program terjah yang sinonim dengan Mohamed Azmin sejak mula mentadbir Selangor sudah menjadi sebutan di beberapa negeri lain apabila beliau sanggup turun padang dan menerjah Pantai Timur untuk meninjau keadaan mangsa banjir yang dilanda bencana itu, sejak pertengahan Disember lalu, sekali gus menyerahkan sumbangan tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

Sikap prihatin Mohamed Azmin tidak terhenti di situ apabila turut merangka pelan bantuan pasca banjir untuk mangsa di Kelantan dan mengarahkan anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk terbabit secara langsung.

100 hari pentadbiran Mohamed Azmin adalah petanda awal yang mampu memberi kelangsungan yang baik kepada rakyat Selangor yang berbilang bangsa dan fahaman politik melalui sikap prihatin, pantas, tegas dan teliti beliau.

Selangor Kini turut menerbitkan akhbar keluaran khas 100 Hari Pentadbiran Mohamed Azmin , hari ini.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-01-08 11:19:28 daripada Administrator

  •  
  • Print