Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor batal Temasya Selangor 2015, Jom Heboh

SHAH ALAM, 26 DIS: Kerajaan Selangor hari ini memutuskan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 2015 sebagai tanda simpati kepada rakyat Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak yang diancam bencana banjir.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Exco Kerajaan Selangor dalam mesyuarat tergempar juga mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membatal program Jom Heboh anjuran TV3 di I-City, Shah Alam.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga memutuskan membatalkan semua acara hiburan dan Program Temasya Selangor 2015 menjelang tahun 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

“Kerajaan Selangor mengarahkan MBSA untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I-City di Shah Alam atas prinsip yang sama,” katanya di sidang media di Pejabat Menteri Besar Selangor pagi tadi.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-01-08 11:23:06 daripada Administrator

  •  
  • Print