Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

PANTAS lancar Misi Sukarelawan bantu mangsa banjir pantai timur

SHAH ALAM, 25 DIS: Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) melancarkan Misi Sukarelawan sebagai tanda solidariti membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Kepada yang berminat untuk menyertai misi itu boleh berhubung terus di laman sosial facebook PANTAS  iaitu www.facebook.com/Pantas Selangor atau menghubungi petugas PANTAS di talian 016-3576010/019-2492065/016-2677737 atau e-mel ke alamat selangorpantas@gmail.com

Secara keseluruhan, lebih 30,000 mangsa bajir dari Kelantan, Terengganu dan Pahang berhadapan situasi sukar ekoran hujan tanpa henti selain pelepasan air empangan yang mengakibatkan beberapa kawasan ditenggelami air.

Banjir Kuantan 2

Kejadian kali ini difahamkan paling buruk yang pernah berlaku sejak 10 tahun lalu.

Di Kelantan, bencana banjir kali ini dianggap terburuk dalam sejarah negeri itu apabila hujan lebat tanpa henti di kawasan hulu membawa arus deras memasuki beberapa daerah utama negeri itu.

Pintu masuk ke Kelantan juga terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai terpaksa ditutup ekoran air melimpah di Sungai Durian.

Berdasarkan laporan portal e.banjir Kerajaan Kelantan, 126 pusat pemindahan banjir dibuka melibatkan 26,749 mangsa banjir sehingga awal pagi tadi.

banjir dengkil 03

Sementara di Terengganu, banjir melibatkan semua daerah dan Kemaman mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini seramai 13,143 mangsa.

Bencana banjir kritikal yang melanda pantai timur mengakibatkkan akses ke laluan utama setiap negeri terputus sehingga membantutkan usaha Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) menyalurkan bantuan.

Pasukan pertama dengan kekuatan 10 orang yang dijadual bertolak, pada 26 Disember ini terpaksa membatalkan hasrat berkenaan sehingga suasana kembali pulih.

Manakala, pasukan kedua seramai 40 orang dijadualkan bergerak, pada 28 Disember ini.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-01-08 11:24:45 daripada Administrator

  •  
  • Print