Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Tindakan MB enggan terima cenderamata, budaya baru elak pembaziran

SHAH ALAM, 20 NOV: Exco dan Ahli Parlimen Selangor menyambut baik langkah Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang mengarahkan semua jabatan dan agensi berkaitan tidak memberikan cenderamata kepadanya sewaktu program turun padang.

Surat pekeliling berhubung arahan terbabit dikeluarkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang diedarkan kepada ketua jabatan, agensi, yang dipertua majlis perbandaran, pegawai daerah dan datuk bandar serta semua yang mengetuai pentadbiran negeri bertarikh 13 November lalu.

MB AzminAhli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, arahan yang dikeluarkan itu adalah amalan yang sangat baik berbeza dari kebiasaan.

Katanya, pemberian cenderamata memerlukan belanja yang banyak dan bukannya satu perkara besar serta wajib disediakan oleh penganjur program.

“Kalau Azmin nak mulakan budaya baru dan menghentikan kebiasaan sedia ada, maka saya amat mengalu-alukan tindakan beliau supaya boleh mengurangkan masalah dari segi pembaziran.

khalid samad“Penolakan cenderamata bukan satu benda hukum yang perlu dipatuhi tetapi kalau Exco atau Ahli Parlimen lain ingin mengikutnya, itu adalah amalan yang bagus.

“Jangan keterlaluan dalam memberi hadiah. Arahan yang dikeluarkan ini boleh mengurangkan pengeluaran wang oleh agensi atau penganjur, selain menjimatkan masa kakitangan yang bertanggungjawab untuk mencari cenderamata itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Sementara itu, Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi pula berpandangan Mohamed Azmin seorang bersikap sederhana dan lebih mengutamakan prestasi agensi, jabatan, pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah apabila hanya menerima buku laporan sebagai cenderamata.

dr daroyah“Dengan pemberian buku laporan itu, maka Dato’ Menteri Besar akan mendapat lebih banyak maklumat berkenaan gerak kerja dan prestasi badan atau agensi berkaitan.

“Bagi saya, selama ini juga tidak menerima cenderamata yang mahal kerana kebiasaannya penganjur memberikan buah-buahan, bunga dan produk tempatan. Itu sudah cukup memadai dan tidak perlu bajet tinggi, tetapi kami (Exco) tidak mengharapkan cenderamata jika turun padang,” katanya.


Kemaskini pada 2014-11-20 11:42:36 daripada Administrator

  •  
  • Print