Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor sambut baik usaha berterusan sektor pendidikan swasta

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri berusaha keras memastikan sektor pendidikan swasta turut serta sepenuhnya di dalam program ko-kurikulum seperti ssekolah kerajaan, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri lawatan khas ke Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB), di Gombak, pada 11 November lalu.

sIMG_2649

“PPAAB dilihat semakin berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1986 termasuk peningkatan jumlah pelajar dan kemudahan yang terdapat di sini juga seiring dengan piawai pendidikan kebangsaan.

“Jadi, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada sektor pendidikan swasta selari dengan pengiktirafan kepada pilihan ibu bapa yang inginkan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik,” katanya.

Lawatan bermula jam 10 pagi itu disambut Pengarah Pusat Pendidikan Al-Amin, Shaharom Md Shariff; ahli lembaga pengarah dan guru PPAAB.

sIMG_2671

Lawatan dimulakan dengan pembentangan Pengarah PPAAB berkenaan sekolah pusat berkenaan yang ada di seluruh Malaysia terutama di Selangor.

Lawatan diteruskan dengan tinjauan ke kawasan sekolah bagi melihat keadaan kemudahan infrastuktur yang terdapat di PPAAB bagi mengenalpasti kekurangan dan keperluan mendesak sebelum bantuan diturunkan.

PPAAB adalah sebuah pusat pendidikan swasta yang menekankan pendidikan berteraskan agama dan akademik.


Sumber :  www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-11-14 11:09:22 daripada Administrator

  •  
  • Print