Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Sultan Selangor: UPM kini ditangga 376 universiti terbaik dunia

SERDANG, 1 NOV: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebanggaan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) di atas kejayaan penubuhan dua institut penyelidikan yang memberikan penumpuan kepada sektor makanan negara.

Dua institut penyelidikan berkenaan adalah Institut Sekuriti Makanan dan Institut Kajian Perladangan.

Konvo UPM

Titah Baginda selaku Canselor UPM, penubuhan dua institut ini berperanan sebagai usaha mendepani permasalahan dihadapi negara dalam bidang sekuriti makanan dan industri perladangan yang menjadi bidang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Kedua-dua institusi berperanan penting dalam penghasilan penyelidikan yang berimpak tinggi dalam sekuriti makanan dan sektor perladangan negara.

“Beta juga mengucapkan terima kasih kepada pihak industri yang bersama-sama menyokong usaha universiti melonjakkan kapasiti sumber kekayaan negara untuk kesejahteraan masyarakat,” titahnya sempenan Majlis Konvokesyen Ke-38 UPM.

Turut mengiringi Baginda ialah Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Baginda turut gembira dengan kejayaan UPM yang berjaya memperoleh status Malaysia Good Agricultural Practices (MyGAP) untuk sektor ternakan lembu tenusu, lembu pedaging dan kambing pedaging.

Status ini diperoleh UPM melalui Taman Pertanian Universiti dengan kerjasama Fakulti Perubatan Veterina.

Kejayaan ini membolehkan UPM menghasilkan produk ternakan berkualiti dan selamat dimakan selain membantu pembangunan industri pertanian negara yang mesra alam dan lestari.

Dalam pada itu, Baginda turut mengucapkan tahniah di atas peningkatan kedudukan UPM yang kini berada pada kedudukan 376 universiti terbaik dunia.

Bidang pertanian, perhutanan dan pendidikan yang ditawarkan UPM juga telah berjaya meletakkan mereka di antara 51 ke 100 terbaik dunia.

Sultan Sharafuddin sebelum itu menyempurnakan hari pertama Majlis Konvokesyen Kali Ke-38 Pengurniaan Ijazah kepada 6,116 graduan.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-11-05 08:33:36 daripada Administrator

  •  
  • Print