Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

PKNS sasar bina 31,000 rumah mampu milik sehingga 2031

SHAH ALAM 18 OKT: PKNS menyasarkan pembinaan sebanyak 31,000 unit rumah mampu milik di seluruh Selangor antara 2008 hingga 2031.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata mengikut pecahannya, sebanyak 1,977 unit yang akan disiapkan pada 2008 hingga 2014 sementara 10,895 unit pada 2014-2020 dan bakinya 18,128 unit pada 2021-2031.

bukit botak rumah asri 01

Katanya, PKNS juga dijangka memberi subsidi antara RM30,000-RM100,000 untuk setiap unit rumah mampu milik yang dibina.

Secara keseluruhannya, ia membelanjakan antara RM1 bilion hingga RM3 bilion sebagai subsidi untuk rumah mampu milik itu.

Beliau berkata ia selaras dengan wawasan PKNS “Membina komuniti, Memperkasa Kehidupan dan Merealisasi Impian”, agensi itu mengambil kira beberapa faktor utama sebelum melaksanakan satu-satu projek perumahan mampu milik.

“Faktor itu ialah pendapatan isi rumah, pelbagai keperluan sosial serta peringkat demografi atau kependudukan untuk menghasilkan kejiranan yang terancang, selesa dan dilengkapi kemudahan lengkap,” katanya dipetik Bernama.

Menurut Azlan, bagi memenuhi matlamat menyediakan satu keluarga satu kediaman, Kerajaan Negeri Selangor meluluskan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor pada 13 Nov 2013.

“Pemaju seperti PKNS perlu mematuhi dasar ini dalam menyediakan perumahan mampu milik di Selangor.

“Dasar ini turut menetapkan dengan jelas kawasan yang dikategorikan mengikut zon, komponen serta harga jualan”, jelas beliau.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:35:14 daripada Administrator

  •  
  • Print