Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Tingkat keselamatan Uptown S24, elak kejadian berulang

SHAH ALAM 16 OKT: Kebakaran memusnahkan 187 gerai perniagaan di Uptown Seksyen 24 Shah Alam dapat dielakkan jika langkah pembaikan dan keselamatan dilaksanakan.

Adun Batu 3, Rodziah Ismail, berkata jika didapati kecuaian pihak pengurusan yang mengoperasikan ekoran tidak mengikut spesifikasi PBT dan badan berwajib lainnya sebagai sebuah tapak perniagaan.

_MG_8669

Maka langkah menamatkan operasi dan pengurusan Dataran Usahawan adalah suatu kewajaran, bahkan boleh didenda mengikut Akta dan peraturan yang ada serta didakwa di mahkamah.

“Terdapat aduan daripada beberapa peniaga bahawa penguatkuasaan tidak dilaksanakan, terhadap pemilik tapak yang tidak berniaga tetapi telah menyewakan semula tapak kepada orang lain.

Peniaga palsu tersebut telah menawarkan sewaan yang lebih tinggi daripada RM300 yang dikenakan oleh pihak pengurusan UpS24,” kata Rodziah dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, aa menafikan hak para peniaga yang mempunyai perniagaan sebenar untuk mendapatkan tapak perniagaan.

“Bahkan, penyewa peniaga palsu kemudiannya pula dibenarkan merekabentuk gerai masing-masing tanpa kawalan, penyeliaan, kelulusan dan pemantauan daripada sudut keselamatan, bekalan elektrik, pengudaraan dan lain-lain spesifikasi yang wajib.

“Rekabentuk dan struktur gerai perniagaan kadangkala boleh mencecah sehingga RM70 ribu,” katanya.

Katanya, pembangunan fizikal dan infrastruktur di Shah Alam memerlukan pembangunan setara dengan imejnya sebagai sebuah bandaraya.

Usaha membangunkan usahawan perlu lebih telus tanpa memberi peluang peraih atau orang tengah wujud unmendapat keuntungan tidak wajar dalam penawaran tapak perniagaan.

“Segala spesifikasi rekabentuk bangunan dan pendawaian selamat mesti diutamakan kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa manusia.

“Aspek kebersihan, pemeliharaan alam sekitar, kondisi mesra pelanggan dan lain-lain adalah juga isu yang perlu dilaksanakan,” katanya.


Sumber: www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:37:25 daripada Administrator

  •  
  • Print