Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB adakan mesyuarat tergempar isu gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 12 OKT : Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada 3 petang ini bagi membincangkan langkah segera berhubung isu gangguan bekalan air bersih akibat tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor.

Mesyuarat itu akan turut dihadiri Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, maklum Azmin di Twitternya.

MB meeting

“Saya panggil mesyuarat tergempar bersama Luas, Syabas dan Datuk Khusrin Munawi jam 3 petang ini membincangkan langkah segera.

“(Ia adalah) langkah proaktif untuk mengatasi masalah pencemaran tumpahan diesel di loji rawatan air dan masalah gangguan bekalan air bersih,” katanya hari ini.

Sebelum ini, tiga loji utama di Sungai Selangor terpaksa ditutup kerana pencemaran akibat tumpahan minyak diesel.

Beliau yang mendedahkan hal itu malam tadi, mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan pencemaran diesel di loji berkenaan.

Beliau berkata pada 10 malam tadi, tahap pencemaran tumpahan hydrocarbon di loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 5 ppm dan menyebabkan loji itu terpaksa ditutup.

Bagaimanapun ksemua loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 yang ditutup telah mula beroperasi mulai jam 4.30 pagi ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred Dharan, dalam kenyataan di sini hari ini berkata, loji rawatan ditutup sejak 8 malam tadi dan menjejaskan pengagihan bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.

“Akibat kerugian pada pengeluaran malam tadi yang berjumlah 1,350 juta liter sehari (MLD), pemulihan bagi kawasan yang terjejas akan mengambil tempoh beberapa hari. Tangki-tangki air akan digerakkan untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas sehingga bekalan air kembali pulih.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang menyiasat punca pencemaran,” katanya.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:38:03 daripada Administrator

  •  
  • Print