Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Golongan muda ramai maut di jalan raya rugikan negara

SHAH ALAM, 12 OKT: Program The Long Short Walk 2014 peringkat Selangor dianjurkan ke arah merealisasikan semangat kerjasama berasaskan penyertaan pelbagai golongan komuniti ke arah memupuk dan meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan jalan raya.

Fokus utama kempen adalah terhadap golongan belia kerana berdasarkan statistik Polis, pengguna jalan raya di peringkat umur 16 hingga 20 tahun adalah kategori pengguna jalan raya paling banyak maut akibat kemalangan jalan raya diikuti peringkat umur 21 hingga 25 tahun.

pelajar

“Kedua-dua kumpulan umur ini menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah kematian jalan raya. Hakikat kebanyakan kemalangan jalan raya membabitkan golongan muda menyedihkan.

“Sekiranya hal ini dibiarkan berlarutan, pastinya negara akan kekurangan tenaga kerja dan intelek dalam usaha menuju ke arah negara berpendapat tinggi menjelang 2020 kelak,” kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dalam ucapan perasmian program berkenaan di sini,semalam.

Beliau mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam majlis dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Keselmatan Jalan Raya, Datuk Dr Tam Weng Wah dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Ali.

Majlis Penyerahan Lesen Motorsikal kepada 30 pelajar terpilih dari tiga daerah, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Selangor juga diadakan di mana separuh dari kos memiliki lesen ditaja Majlis Keselamtan Jalan Raya (MKJR) Selangor.

Jumlah keseluruhan pelajar yang dibantu adalah seramai 150 orang iaitu 50 orang dari setiap tiga daerah berkenaan.

Berdasarkan statistik diterima dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, kematian akibat kemalangan jalan raya menunjukkan penurunan daripada 1,102 pada 2012 kepada 1,019 pada tahun lalu iaitu sebanyak 83 kematian atau 7.53 peratus.

Mengikut statistik bagi Ogos lalu sebanyak 87 kematian berbanding 99 kes bagi bulan sama tahun lalu di mana terdapat penurunan kes kematian sebanyak 12 kes atau penurunan sebanyak 12.1 peratus.

The Long Short Walk adalah program tahunan anjuran MKJR Selangor dan JKJR Selangor.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:39:58 daripada Administrator

  •  
  • Print