Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

LZS peruntuk RM52 juta pendidikan anak asnaf

SHAH ALAM, 11 OKT: Seramai 120 orang usahawan asnaf yang berjaya dalam perniagaan termasuk anak asnaf cemerlang dalam peperiksaan diraikan bersempena Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2014 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), dekat sini.

Majlis anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu bertujuan memberi penghargaan serta pengiktirafan atas kejayaan para asnaf yang menerima bantuan zakat di negeri ini, selain memberi motivasi kepada mereka untuk mengekalkan kejayaan masing-masing.

photo

Daripada jumlah itu, seramai 28 orang usahawan asnaf berdaya saing menerima Anugerah Usahawan Wawasan, manakala seramai 87 orang anak-anak asnaf fakir dan miskin yang menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

Selain itu, empat anugerah utama Usahawan Cemerlang mengikut kategori turut diberikan kepada penerima bantuan modal LZS yang dipilih berdasarkan ketekunan dalam perniagaan, sementara satu lagi anugerah khas adalah bagi Anugerah Keluarga Harapan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof, berkata sejumlah RM52 juta diagihkan sepanjang tahun 2013 untuk pendidikan anak-anak asnaf, sementara RM9 juta diperuntukkan bagi bantuan perniagaan kepada asnaf fakir dan miskin di Selangor.

Katanya bantuan itu diperuntukkan menerusi dua Program Pembangunan Asnaf yang dilaksanakan sebagai senjata bagi mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan iaitu Program Pembangunan Pendidikan dan Program Pembangunan Ekonomi.

“LZS mensasarkan dalam tempoh tertentu kumpulan asnaf produktif yang menerima bantuan sama ada melalui bantuan ekonomi mahupun pendidikan dapat membawa keluarga keluar daripada kemiskinan.

“Mungkin hasilnya tidak dapat dilihat dalam tempoh setahun dua kerana ia satu proses yang panjang tetapi jika berada di landasan betul, lebih ramai lagi asnaf yang akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata daripada sejumlah 1,414 orang asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan perniagaan daripada LZS tahun lalu, seramai 219 daripadanya telah keluar dari kelompok kemiskinan.

“Oleh itu, LZS terus giat berusaha memastikan lebih ramai usahawan asnaf dapat dilahirkan melalui pelbagai inovasi bantuan perniagaan yang diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para asnaf menjalankan perniagaan,” katanya lagi.

Dalam majlis itu, penerima anugerah masing-masing menerima sijil penghargaan dan sumbangan wang tunai.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Siti Maslamah Osman dan Timbalan Setiausaha Mais, Ahmad Shahir Makhtar.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:42:28 daripada Administrator

  •  
  • Print