Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MPK mahu peniaga pasar jaga kebersihan elak banjir

KLANG, 26 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menganggarkan sebanyak purata enam hingga tujuh tan sampah dikutip sekitar Pasar Pagi Jalan Papan termasuk sampah yang terdapat di dalam longkang besar sekitar kawasan itu.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainudin berkata kerja pembersihan bermula seawal jam 12 tengah hari itu akan berterusan sehingga lokasi sekitar bersih.

Katanya, hal itu ekoran sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang mengambil jalan mudah membuang sampah ke dalam longkang besar di belakang pasar berkenaan.

“Operasi pembersihan yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan.

“Jabatan Perkhidmatan itu membabitkan 15 pekerja dan beberapa jentera antaranya tiga buah lori satu tan, sebuah kompaktor 8 tan serta sebuah jengkaut memperlihatkan komitmen majlis dalam memastikan kawasan tersebut bebas daripada masalah kebersihan,” katanya dalam kenyataan.

Selain daripada itu, katanya, kerja dilakukan itu juga bagi mengelakkan banjir kerap berlaku terutama apabila hujan lebat melibatkan sekitar kawasan Pandamaran dan lokasi berhampiran.

Pasar pagi yang mula beroperasi sejak 2004 itu mewujudkan masalah kebersihan di kawasan persekitaran antaranya segelintir peniaga yang suka membuang sampah ke dalam longkang.

Lebih memburukan lagi keadaan, sebahagian besar peniaga tidak membersihkan petak perniagaan selepas beroperasi menyebabkan kawasan setempat agak kotor dan berbau busuk, selain masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna.


Kemaskini pada 2014-09-29 09:18:31 daripada Administrator

  •  
  • Print