Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

1,500 pokok bakau ditanam pelihara hutan

SHAH ALAM, 16 SEPT: Kira-kira 1,500 anak pokok bakau berjaya ditanam Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS) dalam Program Menanam Pokok Bakau memastikan pengekalan hutan paya laut terus terpelihara.

Program dijalankan di Hutan Simpan Kuala Bernam, Kampung Sungai Air Tawar dalam daerah Sabak Bernam pada 7 September lalu dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor membabitkan kira-kira 800 pelajar dan kakitangan dari 21 sekolah di Selangor.

tanampokok03Pengarah JPNS, Dr Mohd Puat Dahalan berkata, usaha itu dilaksanakan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang prihatin dalam pemeliharaan kawasan hutan dan alam sekitar.

“Menyedari kepentingan hutan paya laut serta segala ancaman untuk dieksploitasi, Kerajaan Negeri melalui JPNS mengambil langkah positif memeliharanya dengan mengadakan Zon Kawasan Pemeliharaan Hutan Paya Laut.

“Ia merangkumi kawasan sejumlah 18,088.8 hektar membabitkan hutan simpan kekal, 4,442 hektar dari tanah kerajaan dan tanah milik menjadikan jumlah keseluruhannya lebih kurang 22,530 hektar. Rancangan ini telah didokumen di dalam buku Rancangan Kerja Hutan Paya Laut JPNS 2009-2019,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Puat berkata, zon pemeliharaan hutan paya laut diwujudkan memastikan baki hutan paya laut terjaga dan tidak ditebang atau ditukar untuk guna tanah yang lain seperti pertanian dan penempatan di samping perancangan pengurusan hutan paya laut secara mampan.

“Keluasan hutan paya laut yang diwartakan Hutan Simpan Kekal lebih kurang 18,088.8 hektar merangkumi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.


Kemaskini pada 2014-09-18 11:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print