Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

DYMM Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Puchong

PUCHONG, 19 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Masjid Bandar Bukit Puchong dan berbuka puasa bersama rakyat, semalam.


Sejarah permulaan masjid yang tersergam indah itu bermula dengan pewartaan tapak masjid pada 30 Julai 2007 dengan keluasan 17,828 meter persegi.


Masjid itu yang mula dibina pada 9 Ogos 2007, siap sepenuhnya pada 30 Disember 2008 dengan kos pembinaan berjumlah RM4.25 juta.

 

Sultan berbuka di Masjid Bandar Baru Puchong (4)


Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Sahibus Samahah Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata ruang solat utama masjid mampu menampung kapasiti 500 jemaah dalam satu masa, manakala ruang legar termasuk ruang tambahan mampu menampung jemaah sehingga 1,300 orang.


Katanya, dana pembinaan masjid itu turut diterima hasil sumbangan kariah Bandar Bukit Puchong, yang mana hasil kutipan digunakan untuk penambahbaikan masjid seperti menyediakan kelengkapan pendingin hawa di ruang solat utama, pembaikan tandas muslimin serta pembinaan bilik pengurusan jenazah.


“Masjid ini diserahkan secara rasmi kepada Ahli Jawatankuasa masjid dan kariah untuk digunakan pada 28 Ogos 2008.

 

Sultan berbuka di Masjid Bandar Baru Puchong (3)


“Diharapkan dengan perasmian masjid hari ini akan memberikan suntikan semangat kepada ahli jawatankuasa dan kariah dalam mengimarahkannya.


“Ahli jawatankuasa perlu mempunyai kemampuan dan kebolehan mengurus tadbir dan mengimarahkan masjid ini bertetapan dengan kehendak Islam,” katanya.


Selain itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak yatim dan fakir miskin.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-08-20 11:22:04 daripada Administrator

  •  
  • Print