Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Tourism negeri kerja keras jayakan Tahun Melawat Selangor 2015

SHAH ALAM, 9 JUL: Tourism Selangor akan bekerja keras bagi memastikan kempen Tahun Melawat Selangor 2015 berjalan lancar dan mendapat sambutan pelancong dalam dan luar negara.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata gerak kerja kempen itu akan dimulakan selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang akhir bulan ini.

bukit-melawati-main-board


“Kami di Tourism Selangor tidak boleh tunggu masuk tahun 2015 untuk memulakan kempen mempromosi Tahun Melawat Selangor 2015. Selepas raya nanti, kerja promosi akan dimulakan ‘full swing’ bagi memastikannya berjalan lancar, sekali gus menjayakan Tahun Melawat Selangor 2015.

“Kita sama-sama boleh jadi duta kecil Selangor di mata dunia,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa Tourism Selangor Bersama Media di Hotel Empire, di sini, semalam.

Noorul Ashikin turut melahirkan peranan yang dimainkan media bagi memperkenalkan pelbagai distinasi menarik di Selangor.

Noorul Ashikin


“Peranan yang dimainkan anda semua sangat bermakna bagi kami di Tourism Selangor. Kami boleh dihubungi bila-bila masa supaya dapat membantu apa yang diperlukan untuk penulisan artikel anda untuk sebarang lokasi pelancongan di Selangor,” katanya.

Sementara itu, dianggarkan lebih 50 hadir dalam majlis berbuka puasa bagi meraikan pengamal media itu, selain bloger pelancongan yang sering menulis isu pelancongan di Selangor.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-07-21 12:18:07 daripada Administrator

  •  
  • Print