Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

PKNS sumbang RM100,000 bantu golongan memerlukan

SHAH ALAM, 5 JUL: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengagihkan sumbangan RM100,000 kepada golongan yang memerlukan sebagai memenuhi tanggungjawab korporat mereka kepada masyarakat di Selangor, malam tadi (4 Julai).

Sumbangan yang menggunakan wang zakat PKNS itu dihulurkan kepada Tahfiz Darul Islah Lil Banat berjumlah RM10,000, Sekolah KAFA Intergrasi Imam Al-Ghazali (RM10,000), Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas (RM10,000), Rumah Anak Yatim Pusat Jagaan Suci Rohani (RM10,000) dan Pertubuhan Kebajikkan Asnaf Al-Barakh Malaysia (RM10,000).

MB berbuka bersama PKNS 3a


Selain itu, PKNS turut menyumbang 2,380 naskhah Al-Quran bernilai RM50,000 kepada 64 buah sekolah dari daerah Sabak Bernam sebagai sokongan kepada usaha mereka menghidupkan amalan membaca Al-Quran di kalangan rakyat Malaysia, khususnya pelajar sekolah terbabit.

Pengasas Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Muji Sulaiman, berkata beliau akan menggunakan wang sumbangan itu untuk membaik pulih bumbung rumah perlindungan yang menempatkan 70 orang warga emas di bawah jagaannya itu.

“Bangunan itu dibina pada 1920, saya mula menggunakannya sudah lebih 11 tahun. Insya Allah, saya akan manfaatkan untuk membaik pulih bangunan itu,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa PKNS di Shah Alam Convention Centre, di sini.

Beliau berkata, bangunan yang digunakan sebagai rumah perlindungan orang tua itu adalah bekas surau yang sudah tidak digunakan bagi menggantikan kediamannya sendiri yang sudah tidak mampu menampung bilangan penghuni yang ada.

MB berbuka bersama PKNS 4a


“Kami tidak mendapat bantuan tetapi semuanya hasil usaha sendiri. Cuma, bila tiba Ramadan ada pihak yang sudi tampil menghulurkan sumbangan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Tahfiz Darul Islah Lil Banat, Siti Hasnah Ahmad Shusod pula berkata, sumbangan yang diberikan PKNS banyak membantu pihaknya bagi membiayai operasi sekolah terbabit.

“Konsep yang kita jalankan ini adalah konsep kebajikan. Jadi, kita tidak mengambil yuran yang tinggi dan pengambilan juga lebih tertumpu kepada pelajar miskin serta anak yatim,” katanya.

Sehingga kini, Tahfiz Darul Islah Lil Banat mempunyai 35 pelajar yang menetap di asrama yang disediakan pihak pengurusan sekolah itu.

Selain memberi sumbangan kepada organisasi terbabit, PKNS juga tidak melupakan anak kakitangan yang memerlukan bantuan syarikat milik Kerajaan Negeri itu.

MB berbuka bersama PKNS 2a


Antaranya, atlit lumba basikal Selangor, Abdul Syakur Ab Wahab, 16, yang kali pertama berpuasa dan bakal berhari raya tanpa kehadiran bapa yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu disebabkan serangan sakit jantung dan ibunya masih berkhidmat dengan PKNS.

“Bantuan ini saya simpan untuk kegunaan waktu terdesak seperti membeli buku pelajaran bila memerlukan nanti,” katanya yang bersekolah di Sekolah Sukan Shah Alam.

Terdahulu, dalam Majlis Berbuka Puasa PKNS yang dihadiri kira-kira 500 kakitangan PKNS, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudi menyampaikan bantuan dan berbuka puasa bersama golongan terbabit.

 
Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-07-21 12:32:22 daripada Administrator

  •  
  • Print