Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Pembinaan ‘billboard’ bernafas baru, tingkat penerangan MES

SHAH ALAM, 17 JUN: Kerajaan Negeri menyediakan 44 papan iklan besar (billboard) seluruh negeri untuk menerangkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sehingga kini terdapat 13 papan iklan berkenaan yang rosak dan menjadi mangsa vandalisme dan perlu dibaiki serta diganti.

Katanya, antara lokasi yang dikenal pasti adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Sungai Panjang, Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Damansara Utama dan Sri Muda.

m_04billboard


“Kita sediakan peruntukan kos RM130,000 bagi mendirikan semula papan iklan besar yang rosak iaitu RM13,000 setiap satu.

“Sementara itu, RM1,600 pula diperuntukkan bagi setiap papan iklan untuk menggantikan visual yang berukuran 10′ x 40′,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berhubung papan iklan besar yang diperuntukkan bagi setiap DUN untuk MES.

mb dewan


Pada masa sama, Abdul Khalid (PKR Pelabuhan Klang) juga memaklumkan beberapa pembaharuan turut akan dilakukan pada papan iklan besar yang akan didirikan nanti.

“Terdapat juga masalah cara pembinaan yang tidak betul dan mesti diperbaiki supaya papan iklan itu tidak tumbang, yang mana kita akan selesaikan itu.

“Ada juga yang komen gambar yang terletak di papan iklan itu sudah enam tahun tidak berubah, jadi kita akan lakukan perubahan,” katanya.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-06-17 15:33:19 daripada Administrator

  •  
  • Print