Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB bersama 5,000 jemaah Solat Jenazah Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam

SHAH ALAM 10 JUN: Kira-kira 5,000 jemaah melaksanakan Solat Jenazah ke atas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Allahyarham Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Turut serta dalam Solat itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah di Masjid Negeri Shah Alam di sini.
Solat jenazah dipimpin oleh bekas Imam Besar Masjid Negeri, Othman Hamzah.
Jenazah imam itu kemudiannya dibawa pulang ke kampung halamannya di Hulu Selangor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batang, Batang Kali.
IMG_3497a
Abdul Khalid dalam laman Facebooknya berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyeru rakyat bersama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan beroleh ganjaran terbaik.
“Hari ini kita kehilangan seorang imam dan juga pendakwah yang memberi sumbangan besar dalam mengimarahkan masjid serta pendidikan dan pengisian kepada ummah.
“Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan serta bantuan sokongan kepada keluarga allahyarham Ustaz Haji Ahmad Mustafa Al-Muqri,” kata Abdul Khalid.
Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata masih kecil, yang terakhir berusia 3 bulan.
Antara jasa besar Allahyarham ialah menghasilkan Terjemahan Al Quran Perkata, kemudian beliau telah mewakafkan banyak koleksi itu ke serata masjid dan individu di seluruh negara.
jenazah imam besar a

Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN.
Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.
Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
IMG_3539a

Allahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)
Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-06-10 15:17:48 daripada Administrator

  •  
  • Print