Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Jabatan Khas Kanak-Kanak patut diwujudkan, perkukuh kebajikan

SHAH ALAM 5 JUN : Satu Jabatan Khas Kanak-Kanak perlu ditubuhkan bagi tujuan memberdayakan golongan itu secara khusus daripada pelbagai aspek.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata pendekatan itu perlu diambil ekoran pelbagai isu jenayah membabitkan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak berlaku mutakhir ini.

rodziah oku


Rodziah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai badan bertanggungjawab telah gagal dalam menjalankan fungsinya terhadap golongan itu.
“Saya setuju dengan pendapat Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mendakwa JKM gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
“JKM perlu diperhebatkan lagi fungsinya, sebab itu saya pernah mengusulkan supaya satu Jabatan Khas Kanak-Kanak ditubuhkan,” katanya kepada Selangor Kini.
Mengulas lanjut, Rodziah berkata Kerajaan Pusat juga perlu meminda Akta Kanak-Kanak 2001 secara menyeluruh membabitkan aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan dan perlindungan.
“Saya lihat akta Kanak-Kanak sedia ada ada meletakkan isu itu. Tetapi persoalannya banyak kekurangan dalam akta itu termasuk menyediakan persekitaran kondusif terhadap mereka.
“Contohnya, pembangunan premis seperti tadika, taska dan lain-lain. Begitu juga dengan penguatkuasaan yang tidak diperkuatkan dan tidak diberi tumpuan khusus,” katanya.
Beliau berkata nisbah kanak-kanak di negara ini mempunyai peratusan yang besar, oleh itu perlaksanaan dari pihak kementerian mahupun JKM perlu lebih meluas.
“Saya harap perkara ini boleh dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan oleh Ahli Parlimen.
“Sebagai Exco kebajikan negeri, kita ada tubuhkan pasukan khas di bawah Rantaian Mesra untuk menjaga kebajikan Kanak-Kanak sedangkan ia tidak perlu jika JKM menjalankan tugas dan mempunyai kredibiliti,” katanya.
Sehubungan itu, Rodziah mengesa Kerajaan Pusat supaya menambah baik fungsi JKM mahupun polis dalam isu itu seterusnya ia dapat ditangani agar tidak berulang pada masa depan.
“Jika sebelum ini, kerajaan pernah menandatangani perjanjian konvensyen PBB Hak Kanak-Kanak, jadi kita perlu tunjukkan indeks dan pastikan ia berada di tahap yang baik.
“Tapi ianya tidak dibuat oleh krajaan malaysia, jadi kegagalan ini menyebabkan kerisauaan yang amat sangat pada kita kerana hal keselamatan penting.
“Insiden mutakhir ini merisaukan kita, sepatutnya ia menyedarkan semua pihak.
“Ia mesti ditangani dengan keputusan penting, jika Permata boleh diberikan dana yang banyak kenapa tidak dalam jabatan yang perlu ditubuhkan itu sedangkan ia lebih layak,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Voice of the Children (VoC), Sharmila Sekaran mendakwa JKM, polis dan keluarga berkenaan gagal melindungi kanak-kanak dalam isu mutahir ini.
Pengarah Institut Sumber Asuhan Kanak-Kanak Malaysia, Aisha Z Abdullah turut bersetuju dengan Voc sistem pengawasan semasa kanak-kanak gagal dan menggesa kerajaan menambahkan peruntukan untuk melindungi kanak-kanak.
Baru-baru negara dikejutkan dengan kes pembunuhan yang menyayat hati, adik Siti Sofea Emelda, 2 tahun 6 bulan dan seorang kanak-kanak 7 tahun maut akibat terjatuh dari Tingkat 3, Pusat membeli belah, The Gardens.

Kemaskini pada 2014-06-10 08:51:10 daripada

  •  
  • Print