Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Peniaga pasar pagi Seksyen 25 bakal berpindah ke pasar moden

SHAH ALAM, 9 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan sebuah pasar moden dengan pelbagai kemudahan bagi memberi keselesaan kepada peniaga pasar pagi di Seksyen 25, di sini.
Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad, berkata pasar moden itu mempunyai tiga tingkat bahagian perniagaan terdiri daripada 67 unit jualan barangan basah, 72 unit jualan barangan kering dan lapan kiosk jualan.
Beliau berkata, terdapat 28 unit gerai makanan serta tiga tingkat parkir yang boleh memuatkan 200 buah kereta dan 112 buah motosikal pada satu-satu masa.
MBSA-Shahrin Ahmad


“MBSA menegaskan bahawa pemilikan dan keutamaan hanya diberikan kepada warga tempatan dan mempunyai lesen perniagaan yang sah daripada kami serta peniaga yang berniaga di pasar sedia ada.
“Kebenaran berniaga tidak akan diberikan kepada pihak ketiga yang bukan pemilik sebenar lesen perniagaan atau penyewa premis perniagaan.
“Pemantauan berkala akan dilaksanakan bagi memastikan peniaga sebenar atau pemilik lesen perniagaan melaksanakan aktiviti perniagaan di premis masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Satu majlis mendatangani surat akujanji bagi tujuan pemindahan peniaga tapak pasar pagi di Seksyen 25 diadakan di Dewan Kemunting, di sini, pada 5 Mei lalu.
Pada majlis sama, peniaga diberikan penerangan berkenaan pelan pembinaan bangunan pasar yang bakal dibina di kawasan berhampiran pasar sedia ada.
ayam mentah pasar stok 02


“Pameran pelan pembinaan pasar juga turut dipamerkan bagi memberikan gambaran sebenar kepada peniaga berkenaan pasar baru yang bakal dibina,” katanya.
Hadir sama dalam majlis itu adalah Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafie.
Pelaksanaan pembinaan pasar baru dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini dan memakan masa 18 hingga 24 bulan untuk memulakan operasi.


Sumber : www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-05-22 11:48:10 daripada Administrator

  •  
  • Print