Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Pengeluaran bekalan air terawat dipertingkatkan

SHAH ALAM 7 APRIL: Beberapa loji rawatan air (LRA) yang menggunakan sumber air mentah dari Sungai Selangor telah dan sedang meningkatkan pengeluaran air terawat masing-masing berikutan penambahan aliran air sungai ekoran hujan beberapa hari lepas.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini, loji berkenaan ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.
air pahang


“Bekalan air tambahan telah disalurkan SYABAS ke kawasan terlibat dengan catuan, namun situasi ini bersifat sementara.
“Justeru itu, pengguna di kawasan terlibat dengan catuan digesa supaya sentiasa cermat dan membuat simpanan air mencukupi dari semasa ke semasa,” kata SYABAS dalam satu kenyataan,
SYABAS juga menyatakan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memaklumkannya bahawa paras empangan Sungai Selangor masih lagi berada di paras rendah.
Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat termasuk yang tidak terlibat dengan catuan disaran berhemat menggunakan air.
“Pengguna juga diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang semata semata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakkan sistem paip agihan.
Perbuatan ini melanggar Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi,” kata SYABAS.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-14 11:04:01 daripada Administrator

  •  
  • Print